Jenazah penunggang p-hailing, mangsa nahas pertama dituntut keluarga
Jenazah pertama mangsa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam dituntut ahli keluarganya pada jam 9.30 pagi tadi.
Jenazah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, dibawa ke Masjid Al Rahimiah di sini untuk disolatkan sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Sungai Petani, Kedah.