Translate

27 October 2020

Mayat Lelaki Berjambang Hingga Ke dada Ditemui Dalam Longkang

           

Mayat lelaki berjambang hingga ke dada ditemui dalam longkang
Astro Awani
27 Oktober 2020


KLANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan menemui satu mayat di dalam sebuah longkang di Jalan Bestari, Sungai Kapar, Klang pada 24 Oktober lalu pada jam 1.19 petang
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, mayat tanpa identiti berkenaan dipercayai warga asing hasil daripada laporan bedah siasat.

“Kita menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki Melayu berhubung penemuan mayat berkenaan.

“Tiada sebarang dokumen diperoleh daripada si mati dan mangsa berusia lingkungan 50an dan mempunyai jambang yang panjang sehingga dada,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Mayat yang ditemui dalam keadaan terlungkup itu dikatakan berpakaian kurta berwarna ungu serta seluar pendek berwarna putih.

Difahamkan, mayat berkenaan dalam keadaan tidak sempurna dan dianggarkan sudah berada hampir seminggu di lokasi penemuan sebelum dibawa oleh pasukan forensik .

Pihak polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pulau pinang viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 54 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video S**s Anaknya Be' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from New york viewed 'INSIGHT - How a key ingredient in Coca-Cola, M&M's' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Richmond upon thames viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 3 hrs 40 mins ago