Translate

30 October 2020

LIVE - COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 799, Total Cases- 30,889 | Active Cases- 10,392 | New Death- 3 Total Deaths- 249

           






  

Kenyataan Akhbar KPK 30 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 491 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 20,248 kes (65.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (277 kes);
  • Selangor (135 kes);
  • Negeri Sembilan (25 kes);
  • Perak (22 kes);
  • Pulau Pinang (12 kes);
  • Sarawak (5 kes);
  • Johor (4 kes);
  • Terengganu (3 kes);
  • Pahang (2 kes);
  • Melaka (2 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (2 kes); dan
  • Kelantan (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 466 kes (58.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 170 kes (21.3 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 636 kes (79.6 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 29 kes (3.6 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Kluster Penjara Reman (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes) dan Kluster Tembok (3 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 30 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 799 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,392 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 466 kes
    • 126 kes daripada kluster-kluster, termasuk 70 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok dan Kluster Sembulan;
    • 193 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 147 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 150 kes
    • 116 kes daripada kluster-kluster, termasuk 76 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merpati dan Kluster Astaka;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 65 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titian; dan
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang : 35 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 23 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gala;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 19 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 16 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : 10 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Meldrum.
  • Kedah : Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
24711862SabahLelaki (WN)70Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi
24829786SabahLelaki (BWN)53Hospital Tawau
24929787SabahPerempuan (BWN)60Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

LAPAN (8) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER RUMAH MERAH

Kluster baharu ini melibatkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29774) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 56 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes menerima rawatan di  Blok Isolasi Pusat Tahanan Sementara Menggatal.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana:

  • 57 kes dikesan positif COVID-19 (56 kes baharu); dan
  • 72 individu dikesan negatif.

KLUSTER TELIPOK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Sebanyak 10 kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Bomba, Sepanggar.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu); dan
  • 102 individu dikesan negatif.

KLUSTER SEMBULAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-26238) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Institut Kemahiran MARA, Sepanggar dan Politeknik Sepanggar.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 87 individu dikesan negatif.

KLUSTER MERPATI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang, Gombak dan Kuala Langat di negeri Selangor. Sebanyak 45 kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana:

  • 45 kes dikesan positif COVID-19 (45 kes baharu); dan
  • 71 individu dikesan negatif.

KLUSTER ASTAKA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Selangor di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29262) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 31 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana:

  • 32 kes dikesan positif COVID-19 (31 kes baharu); dan
  • 82 individu dikesan negatif.

KLUSTER TITIAN

Kluster baharu ini dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 11 kes telah dikesan positif COVID-19 hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi di Kampung Muslim pada 29 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu);
  • 40 individu dikesan negatif; dan
  • 413 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER GALA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27703) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 26 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke  Hospital Tuanku Ja’afar. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 98 individu dikesan negatif; dan
  • 33 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER MELDRUM

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Tangkak di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30789) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 219 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 138 individu dikesan negatif; dan
  • 75 individu masih menunggu keputusan.

SITUASI TERKINI KAPASITI KATIL COVID-19 

Sehingga 29 Oktober 2020 pukul 10:00 malam, terdapat 44 buah hospital KKM dan 2 buah hospital pengajar di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit COVID-19. 46 hospital ini menempatkan 3,825 buah katil dan kadar penggunaannya adalah sebanyak 54 peratus. KKM turut menyediakan katil tambahan menerusi pengwujudan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara di mana sehingga kini terdapat 60 PKRC yang sedang beroperasi dengan kapasiti katil sebanyak 12,235 dan kadar penggunaannya adalah 36 peratus. Dengan ini, bilangan keseluruhan katil untuk rawatan pesakit COVID-19 di hospital dan PKRC di Malaysia adalah 16,060 dengan kadar penggunaannya sebanyak 40 peratus.

Khusus bagi negeri Sabah pula, sehingga 29 Oktober 2020 pukul 10:00 malam, 9 daripada 24 buah hospital KKM di seluruh negeri Sabah telah digunakan sebagai Hospital Hybrid COVID-19 iaitu menyediakan perkhidmatan untuk pesakit COVID-19 dan pada masa yang sama meneruskan perkhidmatan untuk lain-lain perkhidmatan perubatan. Setakat ini 1,007 buah katil untuk pesakit COVID-19 telah disediakan di 9 buah hospital ini dan kadar penggunaan adalah sebanyak 77 peratus. Terdapat 28 PKRC yang sedang beroperasi di seluruh negeri Sabah dengan kapasiti katil sebanyak 7,368 dan kadar penggunaannya adalah 43 peratus. Dengan ini, bilangan keseluruhan katil untuk rawatan pesakit COVID-19 di hospital dan PKRC di negeri Sabah adalah 8,375 dengan kadar penggunaannya sebanyak 47 peratus. 

Meskipun terdapat pertambahan kes baharu setiap hari yang dilaporkan, khususnya di negeri Sabah, namun terdapat juga banyak kes-kes discaj dalam jumlah yang banyak dilaporkan setiap hari. Oleh itu, katil yang kosong ini boleh digunakan pula untuk kes-kes baharu. Selain itu, KKM sentiasa menilai situasi semasa dan mempunyai perancangan untuk meningkatkan lagi kapasiti katil sekiranya diperlukan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH46614,519
SELANGOR1504,645
W.P. KUALA LUMPUR193,033
KEDAH52,122
NEGERI SEMBILAN231,582
PULAU PINANG35992
JOHOR9906
SARAWAK16872
PERAK10505
W.P. LABUAN65457
PAHANG0393
MELAKA0311
TERENGGANU0192
KELANTAN0179
W.P. PUTRAJAYA1143
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN79930,889

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(30 Oktober 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian 
 SagukingWP LabuanLabuan372283,260187 (0)401
 KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang,             Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling,  Hulu Langat33394798392 (0)20
 Penjara RemanPulau PinangTimur Laut204832,96486 (0)3961
 HentianSelangor, WP Kuala Lumpur, Negeri SembilanHulu Langat, Cheras, Titiwangsa, Seremban141182,15071 (0)470
 OmadalSabahSemporna133519835 (0)00
 TitirSabahKeningau11891,42685 (0)40
 MesraSabahSandakan116711655 (0)111
 BakiSarawak, PerakKuching, Kinta1139104939 (0)00
 TeduhSabahLahad Datu10442,55430 (0)140
 BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kerian, Larut Matang & Selama7471,03644 (0)30
 GreenhillSarawakKuching, Miri73611236 (0)00
 Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang61,6763,4911669 (0)70
 LimbunganWP LabuanLabuan52838324 (0)40
 CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong44834836 (1)120
 KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang44662746 (1)00
 AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu44072419 (0)210
 MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong42810921 (1)61
 TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama31,7428,902434 (5)1,3053
 UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras223689552 (0)1840
 Sungei WaySelangor, WP Kuala Lumpur, Pulau PinangPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Cheras, Lembah Pantai, , Timur Laut, Seberang Perai Utara26155325 (0)360
 TempayanSabahPenampang, Kota Kinabalu2252449 (0)160
 Taman LautSelangorPetaling281238 (0)00
 Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu13823,493142 (0)2382
 MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah  18454834 (0)500
 Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Seremban, Port Dickson1751,98925 (0)500
 MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Cheras, Klang,  Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak17033557 (1)130
 TanameraSabahTawau16916041 (0)280
 Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang,  Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong15973818 (0)410
 Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu1245824 (0)00
 Bina LabuanWP LabuanLabuan12117120 (0)01
 BandaranSabahKota Kinabalu, Tuaran1157215 (0)00



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

               



1.Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 30 Okt 2020 Kes sembuh=491 Jumlah kes sembuh=20,248 kes Kes baharu positif=799 (kes import=0, kes tempatan=799) Jumlah positif=30,889 kes Kes kematian=3 Jumlah kes kematian=249 kes Kes dirawat di ICU=90 kes Bantuan Alat Pernafasan=20 kes



Pecahan kes baharu mengikut negeri.

Secara keseluruhan, 799 kes baharu dilaporkan hari ini, kesemuanya adalah kes tempatan.

4 negeri tidak melaporkan kes baharu. 8 kluster baharu dilaporkan di negeri Sabah (3), Selangor (2), N.Sembilan (1), Labuan (1) dan Johor (1).




Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 30 Oktober 2020 jam 12.00 tengahari.


Pertambahan 57 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 150 kes baharu hari ini ( 150 tempatan, 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (8 KES)

Batu - 1 kes lokal
Saringan OKT - 1 kes

Hulu kelang - 1 kes lokal
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Kuang - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Setapak - 4 kes lokal
Saringan pekerja (Kluster Hentian) - 1 kes
Saringan pekerja (Kluster Merpati) - 3 kes

DAERAH HULU LANGAT (25 KES)

Ampang - 3 kes lokal
Saringan pekerja (Kluster Astaka) - 1 kes
Saringan pekerja (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Beranang - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 1 kes

Cheras - 2 kes lokal
Saringan pekerja (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 1 kes

Kajang - 17 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan pekerja (Kluster Hentian) - 9 kes
Saringan pekerja (Kluster Kaya) - 2 kes
Saringan TEMCO (Kluster Hentian) - 1 kes

Semenyih - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KLANG (8 KES)

Kapar - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

Klang - 6 kes lokal
Saringan Bergejala - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Sungai Way) - 2 kes

DAERAH KUALA LANGAT (8 KES)

Tanjung Dua Belas (1) - 2 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan pekerja (Kluster Kaya) - 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 5 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan pekerja (Kluster Merpati) - 4 kes

Telok Panglima Garang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (2 KES)

Ijok - 2 kes lokal
Saringan pekerja (Kluster Astaka) - 2 kes

DAERAH PETALING (54 KES)

Bukit Raja - 7 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan pekerja (Kluster Astaka) - 4 kes

Damansara - 28 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Taman Laut) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan pekerja (Kluster Astaka) - 18 kes
Saringan pekerja (Kluster Hentian) - 1 kes
Saringan pekerja (Kluster Kaya) - 5 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Petaling - 12 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Melati) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan pekerja (Kluster Astaka) - 3 kes
Saringan pekerja (Kluster Kaya) - 4 kes

Sungai Buloh - 7 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Menara) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan pekerja (Kluster Astaka) - 3 kes

DAERAH SABAK BERNAM (1 KES)

Pasir Panjang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH SEPANG (44 KES)

Dengkil - 2 kes lokal
Saringan Komuniti (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Labu - 42 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan pekerja (Kluster Merpati) - 38 kes
Saringan Swasta - 1 kes




Secara keseluruhan, 150 kes baharu dilaporkan di Selangor.

40 kes daripada kluster-kluster sedia ada, 76 daripada kluster-kluster baharu (Merpati dan Astaka). 

22 daripada kontak rapat kes dan baki 12 adalah lain-lain saringan COVID-19.


Sabah lapor 466 kes baharu. 56 adalah dari kluster-kluster sedia ada, 70 dari kluster-kluster baharu (Rumah Merah, Telipok dan Sembulan).

 193 dikesan dari saringan kontak rapat manakala baki 147 adalah daripada lain-lain saringan.




491 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes sembuh melebihi 20,000 kes. 

Kes sembuh mengikut negeri Sabah-277 Selangor-135 N.Sembilan-25 Perak-22 P.P-12 Sarawak-5 Johor-4 Terengganu-3 Pahang-2 Melaka-2 KL&Putrajaya-2 Kelantan-2


3 kes kematian dilaporkan di Sabah melibatkan 1 warganegara (kes ke 247) dan 2 bukan warganegara. Jumlah keseluruhan kes kematian; 249.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED