Translate

31 October 2020

Kanak-Kanak 5 Tahun Dirogol Bapa Saudara

Mohd Hafiz Muhammad Nor

Kanak-kanak 5 tahun dirogol bapa saudara
Astro Awani
31 Oktober 2020


JEMPOL: Seorang lelaki ditahan setelah disyaki merogol anak saudaranya yang berusia lima tahun di dalam tandas Air Terjun Kem D-Bana Ayer Hitam, di sini, pada 23 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan murid tadika dibawa ke kem rekreasi berkenaan bersama dua sepupu lelaki berusia enam dan empat tahun oleh suspek seorang penganggur berusia 22 tahun.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 petang semasa mangsa sedang membersihkan diri di dalam tandas.

"Sebaik pulang ke rumah pada jam 4 petang, mangsa telah menceritakan kejadian kepada neneknya yang kemudian telah membuat laporan polis," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dalam satu kenyataan.

Mangsa dibawa ke Hospital Jempol dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Menurut Mohd Hafiz lagi, mangsa yang sebelum ini tinggal bersama ibunya di Puchong, Selangor telah berada di rumah neneknya di Kampung Dusat, Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol sejak pertengahan bulan lalu.

"Suspek yang tidak bekerja telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video S**s Anaknya Be' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 8 mins ago
A visitor from Middlesbrough viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 14 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 17 mins ago
A visitor from Taman senai viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 24 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 30 mins ago