Translate

28 October 2020

Penjual ikan bilis didakwa curi kenderaan polis






 

 Penjual ikan bilis didakwa curi kenderaan polis

28/10/2020 02:14 PM



BUTTERWORTH, 28 Okt -- Seorang penjual ikan bilis didakwa di Mahkamah Majistret sini hari ini atas enam pertuduhan termasuk menyamar penjawat awam, mencuri kenderaan polis dan merompak.

Tertuduh, Mohamad Azrullah Mohd Rodzi, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Bagi pertuduhan pertama Mohamad Azrullah didakwa mencuri sebuah kereta jenis Honda Civic milik Polis Diraja Malaysia di cawangan kereta peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada 9.15 malam, 24 Okt.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Azrullah telah didakwa mencuri sebuah telefon bimbit jenis Vivo dan sebuah telefon bimbit iPhone 8 Plus daripada Nurul Atieka Mazlan di Kedai Vivo Pokok Sena, Tasek Gelugor pada 10 malam, 24 Okt.

Untuk pertuduhan terakhir, tertuduh telah didakwa melakukan satu perbuatan cuba merompak mangsa Tang Chye Hong di sebuah kedai di Jalan Permatang Manggis, Tasek Gelugor pada 10 malam, 24 Okt.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh turut didakwa menyamar penjawat awam iaitu sebagai pegawai polis bagi tujuan mencuri kenderaan polis, mencuri telefon bimbit dan menangkap mangsa.


Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humairah Kamaruzaman yang tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 379, Seksyen 379A, Seksyen 170 dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhaimin Hashim telah memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental.

Majistret telah membenarkan permohonan peguam untuk menghantar tertuduh ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi tempoh sebulan untuk pemeriksaan kesihatan.


Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM17,500 berserta tiga orang penjamin bersama syarat tambahan bahawa tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan menetapkan 27 Nov sebutan semula kes.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 44 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 5 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 5 hrs 34 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 5 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 5 hrs 54 mins ago