Translate

29 October 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 649, Total Cases- 30,090 | Active Cases- 10,087 | Total Deaths- 246



Kenyataan Akhbar KPK 29 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 685 kes. Sukacita dimaklumkan juga bahawa jumlah ini adalah melebihi jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini.Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 19,757 kes (65.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (458 kes);
  • Selangor (94 kes);
  • Kedah (68 kes);
  • Labuan (18 kes);
  • Negeri Sembilan (15 kes);
  • Pulau Pinang (13 kes);
  • Melaka (9 kes);
  • Sarawak (4 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4 kes); dan
  • Johor (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 352 kes (54.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 159 kes (24.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 511 kes (78.7 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 36 kes (5.5 peratus daripada jumlah keseluruhan) yang berkaitan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini iaitu 34 kes daripada Kluster Tembok dan dua (2) kes daripada Kluster Penjara Reman.

Secara keseluruhannya, sehingga 29 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 649 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,090 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,087 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 649 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Indonesia  (5 kes);
  • India (1 kes); dan
  • Filipina ( 1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 352 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sakti dan Kluster Tuguson;
    • 170 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 132 kes
    • 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes dari kluster baharu iaitu Kluster Taman Laut dan Kluster Bah Medan;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 43 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bunga;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 21 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 17 kes
    • 15 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang : 13 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : 10 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 23 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER SAKTI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12995) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 5 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
  • 101 individu dikesan negatif; dan
  • 35 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TUGUSON

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 128  individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BAH MEDAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12112) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 32 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TAMAN LAUT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25431) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 18 individu dikesan negatif; dan
  • 99 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TAMAN BUNGA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27711) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 22 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana:

  • 23 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
  • 25 individu dikesan negatif; dan
  • Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.

PEMBUKAAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC) KEDUA DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Wilayah Persekutuan (WP) Labuan telah mencatatkan peningkatan kes COVID-19 mulai 27 September 2020 yang lalu. Sejak daripada permulaan wabak COVID-19 sehingga 26 September 2020, WP Labuan hanya mencatatkan 26 kes secara kumulatif. Walau bagaimanapun, mulai 27 September sehingga 29 Oktober 2020, WP Labuan telah mencatatkan tambahan sejumlah 366 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan berjumlah 392 kes.

Susulan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 17 Oktober 2020, dan kini dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 November 2020.

Pola peningkatan kes COVID-19 di WP Labuan dijangkakan akan meningkat disebabkan oleh saringan bersasar secara besar-besaran yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Labuan terutama di kawasan-kawasan berpotensi wabak dengan purata saringan adalah 1,500 ke 2,500 sehari. Jumlah sampel ujian RT-PCR yang telah diambil sejak 27 September 2020 adalah berjumlah 23,807. Kadar pengesanan kes untuk keseluruhan di WP Labuan adalah sekitar 1.5 peratus, manakala di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, kadar pengesanan adalah sekitar 10 sehingga 15 peratus.

Untuk menampung kapasiti rawatan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat di WP Labuan, JKWP Labuan telah meningkatkan kapasiti sedia ada melalui beberapa fasa pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) iaitu:

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2020): Menjadikan rumah pelawat dan wellness centre sebagai PKRC dengan kapasiti 16 katil;
  • Fasa 2 (Mac – September 2020): Memaksimakan ruang di Hospital Labuan dengan tambahan 105 katil, menjadikan kapasiti katil COVID-19 meningkat kepada 121 katil; dan
  • Fasa 3 (September – Oktober 2020): Melibatkan rundingan penggunaan fasiliti luar iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai PKRC yang berkapasiti 56 katil menjadikan jumlah keupayaan katil PKRC sebanyak 177 katil.

Disebabkan bilangan pesakit yang semakin bertambah, JKWP Labuan telah menyediakan PKRC di Dewan Perbadanan Labuan dengan kapasiti 140 katil, menjadikan jumlah keupayaan katil PKRC di WP Labuan sebanyak 317 katil. Pusat ini akan beroperasi sepenuhnya pada 29 Oktober 2020.

Bagi rawatan COVID-19 di Hospital Labuan pula, daripada 122 katil di Hospital Labuan, sebanyak 20 katil telah dikhususkan untuk pesakit kategori 4 dan 5, iaitu sebagai katil High Dependency Unit (HDU) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Wad Kelas Pertama dan Wad Kanak-kanak. Baki sebanyak 102 lagi katil Hospital Labuan iaitu termasuk 5 katil ICU sedia ada akan terus digunakan untuk rawatan kes bukan COVID-19.

Ini sekaligus menjadikan kapasiti terkini katil untuk pesakit COVID-19 di WP Labuan meningkat kepada 337 katil, di mana jumlah katil di PKRC adalah 317 katil manakala katil untuk rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Labuan adalah 20 katil.

Pembukaan PKRC di Dewan Perbadanan Labuan ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Labuan, dan agensi lain di WP Labuan termasuk Taiwan Buddist Tzu-Chi Foundation Malaysia, Institut Latihan Perindustrian dan beberapa penyumbang lain yang menjadikan pusat rawatan ini dapat dibuka dalam tempoh 24 jam. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas pendekatan The Whole of Government and Whole of Society Approach.

Tenaga kerja bagi pusat rawatan baharu ini akan mengunakan sepenuhnya tenaga kerja di JKWP Labuan dan pasukan bantuan yang telah dihantar untuk bantuan di JKWP Labuan. Pasukan ini akan terus di pertingkatkan dari masa ke semasa untuk memastikan program Kawalan COVID-19 di WP Labuan berjalan lancar seperti yang telah dirancang.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH35214,053
SELANGOR135 (3)4,495
W.P. KUALA LUMPUR23 (2)3,014
KEDAH372,117
NEGERI SEMBILAN431,559
PULAU PINANG13957
JOHOR10897
SARAWAK10 (2)856
PERAK5495
PAHANG1393
W.P. LABUAN17392
MELAKA1311
TERENGGANU1192
KELANTAN0179
W.P. PUTRAJAYA1142
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN649 (7)30,090

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(29 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban,      Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling,         Hulu Langat66361782361 (0)00
2TembokKedah, PerakKota Setar, Baling,        Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama341,7398,902498 (1)1,2383
3TitirSabahKeningau17781,19976 (0)20
4BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara,   Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan,       Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kerian, Larut Matang & Selama164067637 (0)30
5SagukingWP LabuanLabuan151912,983161 (0)291
6TeduhSabahLahad Datu12342,48421 (0)130
7KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian94247742 (1)00
8MesraSabahSandakan75611648 (0)71
9HentianSelangor, WP Kuala Lumpur, Negeri SembilanHulu Langat, Cheras, Titiwangsa, Seremban61042,15996 (0)80
10MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Cheras, Klang,  Petaling,         Hulu Langat, Kuantan,  Bagan Datuk, Hilir Perak46930960 (1)90
11GreenhillSarawakKuching, Miri4296429 (0)00
12UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor,        Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras323489453 (0)1810
13Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai35873721 (0)370
14KeladiSelangorKlang3393448 (0)310
15BakiSarawakKuching32894928 (0)00
16PalmaSelangor, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Selangor, Kepong32011216 (0)40
17Penjara RemanPulau PinangTimur Laut24632,96466 (0)3961
18AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak,         Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya21171,14270 (1)470
19TanameraSabahTawau26816040 (0)280
20CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong24432337 (1)70
21KertangSabahKota Belud23072419 (0)110
22Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu13813,277146 (0)2332
23SimeraTerengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, KelantanBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Lembah Pantai, Putrajaya, Tanah Merah1831,15242 (0)410
24MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah  18354745 (0)380
25Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Seremban, Port Dickson1741,98534 (0)400
26BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan  1531,04124 (1)290
27MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang12957429 (0)00
28MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor12876411 (0)170
29MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong12410018 (0)51
30OmadalSabahSemporna12219322 (0)00
31Seri GayaSabahKota Kinabalu, Tuaran11813214 (0)40
32BandaranSabahKota Kinabalu, Tuaran1147214 (0)00


Status terkini COVID-19 setakat 29 Oktober 2020

Jumlah discaj baru: 685 kes
Jumlah kumulatif discaj: 19757 kes (65.7%)
Jumlah kes baru: 649 kes
Jumlah kumulatif: 30090 kes
Jumlah kes aktif: 10087 kes
Kes tempatan: 642 kes
Kes import: 7 kes (2 WN, 5 BWN)
Jumlah kematian: 0 kes
Jumlah kumulatif kematian: 246 kes (0.8%)
Jumlah kes di ICU: 106 kes
Pesakit intubated: 23 kes




Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 29 Oktober 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 74 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 135 kes baharu hari ini ( 132 tempatan, 3 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (18 KES)

Batu - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Hulu kelang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Kuang - 8 kes lokal
Saringan Komuniti - 6 kes
Saringan Kontak (kluster Simera) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Rawang - 5 kes lokal
Saringan Komuniti - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Palma) - 3 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Import A - 1 kes (Indonesia)

DAERAH HULU LANGAT (19 KES)

Ampang - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Cheras - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Kajang - 11 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 8 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes

Import A - 1 kes (India)

Semenyih - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes

DAERAH KLANG (11 KES)

Kapar - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 2 kes

Klang - 9 kes lokal
Saringan Kontak (Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Kontak (kluster Keladi) - 1 kes
Saringan Kontak (kluster Mentari) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Merbok) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Keladi) - 2 kes

DAERAH KUALA LANGAT (5 KES)

Tanjung Dua Belas (1) - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 4 kes lokal
Saringan Kontak (kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) - 1 kes
saringan tempat kerja (Kluster Kaya) - 2 kes

DAERAH PETALING (23 KES)

Bukit Raja - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Damansara - 6 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Laut) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes

Petaling - 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Cahaya) - 2 kes
Saringan Swasta - 1 kes

Sungai Buloh - 12 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Komuniti - 1 kes
Saringan Kontak (Bah Tropicana) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Melati) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pekerja (Kluster Melati) - 2 kes

Import A - 1 kes (Filipina)

DAERAH SEPANG (59 KES)

Dengkil - 8 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) - 5 kes
Saringan Swasta - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Labu - 49 kes lokal
Saringan Bergejala - 3 kes
Saringan Kontak (Bah Medan) - 3 kes
Saringan Kontak (kluster Kaya) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 9 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) - 30 kes
Saringan Pra-Pembedahan - 1 kes

Sepang - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) - 1 kes





685 kes sembuh dilaporkan hari ini. Secara keseluruhan, terdapat 19,757 kes sembuh dilaporkan.

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED