Translate

27 October 2020

Buruh Mengaku Salah Jirus Air Kencing Dalam Bekas Kuih Peniaga ( 1 Video)

                                                 





Buruh mengaku bersalah jurus air kencing dalam bekas kuih
Buruh mengaku salah jirus air kencing dalam bekas kuih peniaga
Astro Awani
27 Oktober 2020


KUALA TERENGGANU: Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menjirus air kencing ke dalam bekas kuih milik seorang peniaga di Kampung Manir minggu lalu.

Mohd Hafizi Mohd Sabri, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Dia didakwa melakukan khianat dengan cara menjirus air kencing ke dalam bekas kuih yang diletakkan di atas meja niaga sebuah kedai makan di Kampung Manir kira-kira jam 5.30 pagi 23 September lalu.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohinadin manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 9 November depan untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu fakta kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang peniaga tidak menyangka kenalannya sanggup mencurahkan air kencing ke dalam bekas kuih di atas meja jualan di kedai makan miliknya.

Perbuatan itu hanya diketahui peniaga terbabit selepas menerima tiga video rakaman kamera litar tertutup (cctv) di kedai makannya, yang dikongsi adik lelakinya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 28 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 1 hr 1 min ago
A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 5 hrs 18 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 6 hrs 46 mins ago