Translate

27 October 2020

PKPD Plaza Hentian Kajang: Rapid KL Alih Laluan Perkhidmatan

                       

PKPD Plaza Hentian Kajang: Rapid KL alih laluan perkhidmatan
BERNAMA
27/10/2020 



KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa esok di Plaza Hentian Kajang, dekat sini, beberapa laluan perkhidmatan bas di bawah kendalian Rapid KL akan dialihkan.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini menyatakan laluan yang terlibat adalah Rapid KL laluan 450, Bas Smart Selangor bagi laluan KJ01 dan KJ04, serta laluan Bas Perantara MRT T464.

“Bagi perkhidmatan Rapid KL laluan 450 dari Hab Lebuh Pudu, laluan akan berakhir di Stesen MRT Kajang. Para penumpang boleh naik atau turun di Stesen MRT Kajang dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan alternatif.

“Bagi perkhidmatan Smart Selangor laluan KJ01 ke Bandar Kajang dan KJ04 ke Presint 3, Putrajaya, laluan-laluan tersebut akan dialihkan dan memulakan operasi dari Stesen MRT Stadium Kajang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi perkhidmatan Bas Perantara MRT laluan T464 dari Teras Jernang ke Stesen MRT Kajang, juga tidak akan melalui Plaza Hentian Kajang.

“Sehubungan itu, Rapid KL ingin mengingatkan para penumpang untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang terbaik, memakai pelitup muka serta mengamalkan kawalan kendiri.

“Dalam memainkan peranan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 terhadap pelanggan dan kakitangan Rapid Bus, pelbagai langkah-langkah telah diambil menurut prosedur operasi standard seperti disinfeksi dalaman bas setelah tamat perkhidmatan, penjejakan kontak menggunakan kod QR dan saringan kesihatan kapten bas sebelum memulakan tugas,” katanya.

Kerajaan hari ini memutuskan untuk melaksanakan PKPD selama 14 hari melibatkan kawasan Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang di Selangor berkuat kuasa 28 Okt ini hingga 10 Nov depan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Brvenica viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 4 hrs 36 mins ago