Translate

27 October 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 835, Total Cases- 28,640 | Active Cases- 9,903 | New Death- 2 Total Deaths- 238

                 





Kenyataan Akhbar KPK 27 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 674 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 18,499 kes (64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (367 kes);
  • Kedah (136 kes);
  • Pulau Pinang (79 kes);
  • Selangor (70 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5 kes);
  • Sarawak (5 kes);
  • Johor (5 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (3 kes);
  • Melaka (2 kes);
  • Negeri Sembilan (1 kes); dan
  • Terengganu (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan penurunan jumlah kes baharu sebanyak 517 kes (55.8 peratus) iaitu daripada 927 kes kepada 410 kes. Walaupun terdapat penurunan jumlah kes pada hari ini, KKM masih terus giat menjalankan aktiviti saringan dan pengesanan kes secara aktif di seluruh negeri Sabah. Ini kerana, masih terdapat sebanyak 44 kluster yang aktif di Sabah dan peningkatan kes harian tempatan masih boleh berlaku.

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 138 kes (16.5 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 138 kes baharu ini, 65 kes (47.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terdapat penurunan sebanyak 485 kes (95.5 peratus) bagi kes-kes yang berkaitan kluster penjara pada hari ini, iaitu daripada 508 kes kepada 23 kes. Daripada jumlah ini, 15 kes adalah daripada Kluster Tembok; tujuh (7) kes daripada Kluster Penjara Kepayan; dan satu (1) kes daripada Kluster Penjara Reman. Ini adalah hasil usaha keras semua pihak dalam menjalankan kawalan dan pencegahan di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi penjara dan kuarters yang yang terlibat iaitu bagi mengelak berlaku sebarang penularan ke komuniti.

Secara keseluruhannya, sehingga 27 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 835 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 9,903 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 835 kes baharu pada hari ini, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan empat (4) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • India (1 kes di Selangor dan 1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan);
  • Indonesia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Thailand (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Bulgaria (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 410 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lintas;
    • 218 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 132 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 155 kes
    • 149 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 125 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 74 kes
    • 69 kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Limbungan; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 16 kes
    • 12 kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 13 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : 11 kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah : Empat (4) kes daripada kluster sedia ada.
  • TerengganuEmpat (4) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes  saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 89 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
23727478SabahLelaki (WN)82Hospital Tawau Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), buah pinggang kronik dan aritmia jantung (AF)
23828215SabahPerempuan (BWN)53Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER LINTAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Negeri Sabah. Sebanyak enam (6) kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 26 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Sehingga 27 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
  • 15 individu negatif.

2) KLUSTER LIMBUNGAN

Kluster baharu ini dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18741) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 15 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19 pada 27 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sehingga 27 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 383 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (13 kes baharu);
  • 44 individu negatif; dan
  • 319 individu masih menunggu keputusan.

USAHA MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19 DI TEMPAT KERJA

Ingin dimaklumkan daripada 230 kluster COVID-19 yang telah dilaporkan sejak permulaan pandemik di Malaysia, sebanyak 62 kluster (30 peratus) adalah berkaitan dengan tempat kerja. Sehingga 27 Oktober 2020, terdapat 37 kluster berkaitan tempat kerja yang masih aktif termasuk dua (2) kluster baharu diumumkan pada hari ini.

KKM amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dan syarikat swasta dalam bersama-sama membantu mengekang penularan COVID-19 di kalangan warga kerja. Tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan COVID-19 terhadap pekerja-pekerja membolehkan pengesanan kes-kes positif yang tidak bergejala di kalangan warga kerja dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam dengan segera. Ini sekaligus dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam sesebuah komuniti dan seterusnya melindungi individu-individu daripada kumpulan berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak.

Selain tindakan proaktif majikan, warga pekerja juga mempunyai peranan yang besar dalam membantu KKM untuk membendung penularan COVID-19 di tempat kerja dengan mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Di samping itu, warga kerja perlu sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika berada di tempat kerja. Persekitaran tempat kerja yang bersih dan selamat juga hendaklah dijadikan kebiasaan harian bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH41013,155
SELANGOR126 (1)4,271
W.P. KUALA LUMPUR11 (2)2,977
KEDAH42,052
NEGERI SEMBILAN1551,492
PULAU PINANG13925
JOHOR8879
SARAWAK16819
PERAK11484
PAHANG0392
MELAKA0310
W.P. LABUAN76 (2)346
KELANTAN0179
TERENGGANU4180
W.P. PUTRAJAYA1141
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN835 (5)28, 640

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(27 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Lembah Pantai, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling  152274688274 (0)00
2SagukingWP LabuanLabuan551622,735132 (0)291
3MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Klang,  Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak366230356 (0)60
4TitirSabahKeningau235178650 (0)10
5TembokKedah, PerakKota Setar, Baling,                Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama151,6798,867549 (5)1,1273
6BakiSarawakKuching122594925 (0)00
7BayanPulau PinangTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara91846417 (0)10
8Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang71,6693,4901,664 (0)50
9KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian73044330 (1)00
10BasungSabahKudat63664436 (0)00
11MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong5239921 (0)20
12HentianSelangor, WP Kuala LumpurHulu Langat, Cheras, Titiwangsa4822,15578 (0)40
13MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun,            Kuala Terengganu, Marang, Klang  41727517 (0)00
14UtamaSelangor, Melaka,         WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras  322989151 (0)1780
15AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak,          Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya311288292 (0)200
16TanameraSabahTawau36516038 (0)270
17CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong34031638 (1)20
18PalmaSelangor, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Selangor, Kepong  31711014 (0)30
19KolongSabahKeningau3162987 (0)90
20Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu23753,214144 (0)2292
21Ramai-RamaiSabahSandakan2250773121 (0)1290
22MesraSabahSandakan23511627 (0)71
23AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu23358825 (1)80
24Penjara RemanPulau PinangTimur Laut14552,96462 (0)3921
25MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah18252753 (0)290
26InaiSabahKudat15010650 (0)00
27KaporSabahKudat14713447 (0)00
28Jalan BombaSabahSandakan13131623 (0)62
29KertangSabahKota Belud12572425 (0)00
30MegahSabahSandakan, Kota Kinabalu1256415 (0)91
31TempayanSabahPenampang, Kota Kinabalu1232438 (0)150
32JambuSelangor, Pulau PinangHulu Langat, Timur Laut11814717 (0)10
33SentralWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Petaling11436110 (0)31
34Bina LabuanWP LabuanLabuan11417113 (0)01
35Bah LayanganWP Labuan, Negeri SembilanLabuan, Rembau1141426 (0)80
36Bah KotaSelangor, Negeri SembilanSepang, Petaling, Seremban11218110 (0)20
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 27 Okt 2020 Kes sembuh=674 Jumlah kes sembuh=18,499 kes Kes baharu positif=835 (kes import=5, kes tempatan=830) Jumlah positif=28,640 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian=238 kes Kes dirawat di ICU=89 kes



PECAHAN KES MENGIKUT NEGERI (835) SABAH-410 60 kluster-kluster sedia ada dan kluster Lintas (baharu) 218 saringan kontak rapat 132 lain-lain saringan COVID-19 N.SEMBILAN-155 149 kluster-kluster sedia ada 4 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-126 59 kluster-kluster sedia ada 42 saringan kontak rapat 24 lain-lain saringan COVID-19 1 import dari India LABUAN-76 69 kluster-kluster sedia ada dan kluster Limbungan (baharu) 5 lain-lain saringan COVID-19 1 import dari India 1 import dari Bulgaria

SARAWAK-16 12 kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan COVID-19 P.PINANG-13 12 kluster-kluster sedia ada 1 lain-lain saringan COVID-19 PERAK-11 11 kluster-kluster sedia ada

KL-11 6 kluster-kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan COVID-19 1 import dari Indonesia 1 import dari Bulgaria JOHOR-8 7 kluster-kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat
KEDAH-4 4 kluster sedia ada TERENGGANU-4 4 kluster sedia ada PUTRAJAYA-1 1 saringan kontak rapat


Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 27 Oktober 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 91 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 126 kes baharu hari ini ( 125 tempatan, 1 luar negara). Pecahan mengikut daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (9 KES)

Batu - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 2 kes

Hulu kelang - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Kuang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Rawang - 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Palma) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Setapak - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (18 KES)

Cheras - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Melati) - 1 kes

Hulu Langat - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 1 kes

Kajang - 14 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Jambu) - 1 kes
Saringan Kontak (kluster Menara) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Semenyih - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KLANG (11 KES)

Kapar - 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Klang - 7 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Pekerja (Kluster Melati) - 1 kes
Saringan Pra-Pekerjaan - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (5 KES)

Ijok - 5 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH PETALING (60 KES)

Bukit Raja - 5 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 5 kes

Damansara - 9 kes lokal
Saringan Bergejala - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes

Petaling - 10 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Cahaya) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Sungai Buloh - 36 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Melati) - 33 kes

DAERAH SEPANG (10 KES)

Dengkil - 4 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Kota) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

Labu - 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster KAYA) - 1 kes
Saringan Swasta - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 1 kes

Sepang - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Jaya) - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 1 kes

Import A - 1 kes (India)

DAERAH KUALA LANGAT (13 KES)

Tanjung Dua Belas (1) - 9 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 7 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 4 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes




674 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Jumlah keseluruhan sembuh adalah 18,499 kes.

Terima kasih atas komitmen dan pengorbanan semua petugas kesihatan! Kes sembuh mengikut negeri: 

Sabah-367 
Kedah-136
P.P-79 
Selangor-70
KL-5 
Sarawak-5
Johor-5 
Labuan-3 
Melaka-2 
N.S-1 Terengganu-1


Terdapat 2 kes kematian dilaporkan melibatkan 1 warganegara dan 1 bukan warganegara. Kedua-dua kes dilaporkan dari Hospital Tawau, Sabah. Terkini, jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah 238 kes. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED