Translate

28 October 2020

Mayat Rentung Di Tempat Duduk Penumpang Hadapan (1 Video)





Polis temui mayat rentung dalam kenderaan di Sepang

Mayat rentung di tempat duduk penumpang hadapan
BERNAMA
28/10/2020 


SEPANG, 28 Okt -- Satu mayat rentung ditemukan di bahagian tempat duduk penumpang hadapan sebuah kenderaan yang terbakar di kawasan semak di Kota Warisan, Sepang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihak polis menerima panggilan daripada seorang saksi pada kira-kira 3.30 pagi, yang mengatakan terdengar bunyi letupan dan telah ke lokasi kejadian berhampiran Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre Kota Warisan.

Menurutnya, saksi lelaki itu yang tinggal di kawasan asrama kira-kira 20 meter daripada lokasi kejadian, melihat api marak di kawasan hutan berhampiran.

“Pihak Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Salak Tinggi telah memadamkan kebakaran kenderaan berkenaan, yang membawa kepada penemuan mayat di bahagian penumpang hadapan,” katanya di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata hasil pemeriksaan pada nombor chasis kereta yang hangus itu mendapati, ia milik seorang lelaki berbangsa India.

Beliau berkata bedah siasat akan dilakukan di Hospital Serdang esok bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes tersebut tidak dapat diklasifikasikan lagi, kerana masih menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED