Translate

28 October 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 



Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 28 Okt 2020

1.Task Force Operasi Pematuhan

• 2,842 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,332 anggota telah membuat 53,886 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

• Sebanyak 3,618 pasar raya, 4,672 restoran, 1,217 kilang, 1,511 pasar awam/tani serta 2,946 tempat ibadah dan 1,230 tempat riadah telah diperiksa.

• 508 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 501 individu telah dikompaun, 6 direman dan 1 dijamin.

• Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

o Tidak memakai pelitup muka (160)
o Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (113)
o Penjarakan fizikal (97)
o Premis beroperasi lebih masa (33)
o Aktiviti di pusat hiburan (10)
o Lain-lain (95)

• 3 negeri paling tinggi jumlah individu dikompaun atas kesalahan ingkar arahan PKPP adalah WP Kuala Lumpur (192 individu), Selangor (155) dan Sabah (36).

2. Kawalan Sempadan Negara

• Sejak 1 Mei 2020, sebanyak 1,073 pemantauan udara telah dilaksanakan di Sabah dan Sarawak melibatkan TUDM, APMM dan Pasukan Gerakan Udara PDRM bagi mengekang kemasukan PATI di kedua-dua negeri berkenaan.

• 22 siri rondaan Maritim melibatkan 54 Inisiatif Bertanya Khabar (IBK), 64 pemeriksaan serta penggeledahan telah dibuat.

• Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 18 PATI serta merampas 3 kenderaan darat.

• Op Benteng turut mengadakan 295 SJR di seluruh negara yang melibatkan:

o PDRM – 221 SJR
o ATM – 65 SJR
o AKSEM – 9 SJR

3. Operasi Sanitasi Awam

• KPKT telah melakukan 10,838 operasi merangkumi 136 zon.

• Semalam, 38 operasi sanitasi meliputi 10 Zon Merah, 11 Zon Kuning dan 8 Zon Hijau di 13 buah negeri iaitu:

o Sarawak (7 operasi)
o Sabah (5 operasi)
o Pulau Pinang (5 operasi)
o Melaka (4 operasi)
o Terengganu (4 operasi)
o Pahang (3 operasi)
o Selangor (2 operasi)
o Negeri Sembilan (2 operasi)
o Perak (2 operasi)
o Kedah (1 operasi)
o Perlis (1 operasi)
o Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 operasi)
o Labuan (1 operasi).

• Operasi Sanitasi ini melibatkan 260 JBPM serta 188 anggota PBT dan 27 dari agensi-agensi lain.

4.Kuarantin Wajib

• Seramai 55,833 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

• 9,002 individu sedang jalani kuarantin wajib di 64 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

• 381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 46,450 individu dibenarkan pulang ke rumah.

5. Tapak Binaan

• Semalam, 24 tapak binaan diperiksa oleh CIDB dan didapati 17 mematuhi SOP, 5 tidak patuh dan diberi amaran manakala 2 lagi tapak pembinaan tidak beroperasi.

6. PKPD Kg. Pengaraban, Kg. Tanjung Kapor dan Kg. Landung Ayang di Daerah Kudat

•Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga lokaliti ini bermula 30 Oktober 2020 sehingga 12 November 2020 merangkumi 2,393 unit rumah dan 13,884 penduduk.

•Kedai runcit dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas.

7. Pelanjutan PKPB di WP Labuan

• Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di WP Labuan selama 14 hari lagi bermula 31 Oktober 2020 sehingga 13 November 2020.

#MinDefMalaysia

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED