Translate

29 October 2020

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Majikan Gaji Pekerja Asing Tidak Jalani Ujian COVID-19

               

Ambil tindakan tegas terhadap majikan gaji pekerja asing tidak jalani ujian COVID-19
BERNAMA
29/10/2020 


KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) meminta agar tindakan tegas diambil kepada majikan yang menggajikan pekerja asing yang tidak menjalani saringan wajib COVID-19, khususnya yang bekerja di industri pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan.

Penasihat Program Saringan Prihatin Komuniti MCCF Prof Datuk Seri Abu Hassan Asaari Abdullah berkata ini memandangkan masih ramai majikan yang degil dan tidak memberikan kerjasama terhadap arahan kerajaan sebelum ini, supaya pekerja asing dalam semua sektor melakukan ujian berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata MCCF turut tidak menolak kemungkinan berlakunya penipuan dalam keputusan saringan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.

MCCF berpendapat bahawa ujian saringan Reverse Prescription - Pulmonary Chain Reaction (rt-PCR), pemakaian pelitup separuh muka dan pematuhan kepada prosedur operasi standard, merupakan vaksin terbaik komuniti dalam membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED