Translate

30 October 2020

Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 Video)





Bekas pegawai SPRM didenda RM10,000 kerana peras ugut polis

Bekas pegawai SPRM ugut polis didenda RM10,000
Astro Awani
30 Oktober 2020


BUKIT MERTAJAM: Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia (SPRM) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas didapati bersalah memeras ugut seorang pegawai polis di Pulau Pinang, tiga tahun lalu.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Rommy Ma'i'aruf, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Selain itu, tertuduh yang juga bapa kepada tiga orang anak berdepan hukuman penjara 24 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Sebelum ini, pada 30 November 2017, Rommy mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memeras ugut seorang pegawai polis yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Dia yang ketika itu bertugas di Unit Risikan SPRM Putrajaya (Zon Utara) ditahan polis di sebuah restoran dekat Machang Bubuk, Bukit Mertajam pada 9 Jun 2017 selepas memeras ugut Inspektor Ahmad Hasbi Mohd Fauzi, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT agar menyerahkan RM3,000 bagi mengelak risiko ditahan SPRM.

Kesalahan itu dilakukan di perkarangan stesen minyak Petronas Seberang Jaya pada jam 9.30 malam sehari sebelum perbuatannya terbongkar.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazri Abdul Rahim dan Yusaini Amer Abdul Karim manakala tertuduh diwakili Peguam, Piyara Singh.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED