@IsmailSabri60
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 27 Okt 2020
1.Task Force Operasi Pematuhan
•2,842 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,332 anggota telah membuat 53,886 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•Sebanyak 3,627 pasar raya, 5,176 restoran, 1,289 kilang, 1,694 pasar awam/tani serta 2,944 tempat ibadah dan 1,386 tempat riadah telah diperiksa.
PDRM telah menahan 612 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Seramai 604 individu telah dikompaun, manakala 8 individu lagi direman.
•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:
oTidak memakai pelitup muka (156)
oPenjarakan fizikal (145)
oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (134)
oAktiviti di pusat hiburan (96)
oLain-lain (81)
•Senarai 3 negeri paling tinggi jumlah individu dikompaun atas kesalahan ingkar arahan PKPP adalah;
• WP Kuala Lumpur (229 individu),
•Selangor (162)
• Perak (94)
2. Kawalan Sempadan Negara
•Seramai 7,792 PATI, 772 tekong dan 327 penyeludup telah ditahan melalui Op Benteng yang diadakan di seluruh negara.Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 212 bot/kapal serta 815 kenderaan darat telah dirampas.
•Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 56 PATI, serta merampas 3 kenderaan darat.
•Op Benteng turut mengadakan sebanyak 297 SJR di seluruh negara melibatkan:
oPDRM– 223 SJR
oATM – 65 SJR
oAKSEM– 9 SJR
•Semalam, sebanyak 310 kenderaan telah diarah berpatah balik oleh anggota keselamatan di SJR atas pelbagai alasan pergerakan, seperti:
oCuba keluar dari lokaliti/kawasan PKPD
oCuba merentas negeri yang sedang dilaksanakan PKPB tanpa kebenaran PDRM.
3 negeri paling tinggi kenderaan diarah patah balik oleh SJR iaitu Sabah (201 kenderaan), Johor (64) dan WP Kuala Lumpur (45).
3. Operasi Sanitasi Awam
•KPKT telah melakukan 10,800 operasi sanitasi merangkumi 136 zon.
•Semalam, sebanyak 31 operasi sanitasi meliputi 13 Zon Merah, 9 Zon Kuning dan 4 Zon Hijau di 10 buah negeri iaitu:
oSabah (6 operasi)
oPulau Pinang (4 operasi)
oTerengganu (4 operasi)
oSarawak (4 operasi)
oSelangor (3 operasi)
oMelaka (2 operasi)
oPahang (2 operasi)
oKedah (2 operasi)
oNegeri Sembilan (1 operasi)
oWilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 operasi)
oPutrajaya (1 operasi)
oLabuan (1 operasi)
•Operasi Sanitasi ini melibatkan 284 anggota JBPM serta 83 anggota PBT dan 45 dari agensi-agensi lain.
4.Kuarantin Wajib
•Seramai 55,548 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•9,122 individu sedang jalani kuarantin wajib di 66 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.
•381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 46,045 individu telah dibenarkan pulang ke rumah.
5. Berita Palsu
•Sehingga semalam, 273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.
•136 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.
•Sebanyak 403 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan. Salurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari
6. Pelanjutan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Reman Pulau Pinang
•Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman Negeri Pulau Pinang selama 14 hari lagi bermula 29 Oktober 2020 sehingga 11 November 2020.
7.PKPD Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang
•Sidang hari ini bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di di Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 dan Plaza Hentian Kajang bermula 28 Oktober hingga 10 November 2020.
•PKPD Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 melibatkan 7 blok flat serta rumah teres dengan jumlah 1,300 penduduk.
•Manakala bagi PKPD Plaza Hentian Kajang akan melibatkan seramai 7,500 penduduk.
•SOP yang ditetapkan;
• Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD.
• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar dari zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM.
• Semua sekolah, masjid dan rumah ibadat lain ditutup sepanjang tempoh ini.
• Semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi
• Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan.
• KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada penduduk yang terlibat.
• Bekalan makanan akan diagihkan dan dikoordinasi oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.
8. PKPD Kampung Haji Baki, Kuching
Sidang khas bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Haji Baki, Kuching bermula 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020.Merangkumi 532 unit rumah melibatkan 4,191 orang penduduk.