Translate

27 October 2020

Seorang kru meninggal dunia manakala 124 yang terjun diselamatkan daripada kapal platform Dayang Topaz yang mengalami kecemasan di Miri

 

'

Dayang Topaz: Satu maut, 124 mangsa berjaya diselamatkan

ASTRO AWANI
Seorang kru kapal meninggal dunia manakala 124 yang lain berjaya diselamatkan dalam satu insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri, pagi Selasa. -Foto APMM
MIRI: Seorang kru kapal meninggal dunia manakala 124 yang lain berjaya diselamatkan dalam satu insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri, pagi Selasa.
Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.
Setakat jam 11 pagi, seramai 124 kru kapal yang terjun berjaya diselamatkan manakala 62 yang lain masih berada atas kapal, namun dalam keadaan terkawal, menurut Komander Suzanna Razali Chan, pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM ketika dihubungi Astro AWANI.
Insiden itu bagaimanapun melibat kematian salah seorang kru kapal, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Zubil Mat Som turut berkongsi menerusi Twitter.
"Dukacita dimaklumkan seorang mangsa ditemui meninggal dunia,” jelas Mohd Zubil.
Secara keseluruhan, terdapat 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.
Tambah Komander Suzanna, empat mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini telah berjaya ditemui.
Lokasi Dayang Topaz sepertimana dilaporkan laman web www.marinetraffic.com
Lokasi Dayang Topaz sepertimana dilaporkan laman web www.marinetraffic.com
Hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku disebabkan salah satu kabel sauh terputus ekoran cuaca buruk menyebabkan kapal hanyut dan melanggar platform pelantar minyak.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan lapan buah kapal dari Petronas dan Shell, sebuah helikopter dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pesawat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sebuah pesawat dari National Search Coordination Centre Brunei.
Bagaimanapun operasi menyelamat berjaya dijalankan oleh bot-bot yang berada di lokasi.
Setakat jam 11 pagi tadi, pihak berkuasa dalam usaha untuk membawa masuk kesemua mangsa ke Jeti Pelabuhan Miri.
Sumber Facebook maritimmalaysia
Foto APMM
Foto APMM

Untuk Berita Selanjutnya :

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED