Translate

31 October 2020

LIVE - COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 659, Total Cases- 31,548 | Active Cases- 10,051 |Total Deaths- 249

                




Kenyataan Akhbar KPK 31 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,000 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 21,248 kes (67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 529 kes (80.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 70 kes (10.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 599 kes (90.9 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 137 kes (20.8 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan kluster-kluster penjara dan pusat tahanan sementara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Kluster Penjara Kepayan (26 kes) dan Kluster Rumah Merah (111 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 31 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 659 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 31,548 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,051 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 659 kes baharu pada hari ini, terdapat satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Bangladesh yang melibatkan bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 529 kes
    • 205 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 203 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 55 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 25 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 12 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 11 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pulau Pinang : Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 83 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 19 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KKM juga ingin memaklumkan bahawa tiada pertambahan kluster baharu pada hari ini. Justeru jumlah kluster aktif adalah kekal 133 kluster dengan jumlah kluster tamat adalah 114 kluster.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH52915,048
SELANGOR554,700
W.P. KUALA LUMPUR113,044
KEDAH22,124
NEGERI SEMBILAN251,607
PULAU PINANG2994
JOHOR0906
SARAWAK9881
PERAK6511
W.P. LABUAN12469
PAHANG1394
MELAKA0311
TERENGGANU2194
KELANTAN1180
W.P. PUTRAJAYA4147
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN65931,548

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(31 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Rumah MerahSabahKota Kinabalu111168333168 (0)00
2Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang261,7023,4921,688 (0)140
3KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat174111,087408 (0)30
4Ramai-RamaiSabahSandakan13267790101 (0)1660
5MesraSabahSandakan97611661 (0)141
6HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban81262,19076 (0)500
7InaiSabahKudat85811526 (0)320
8BasungSabahKudat74365342 (0)10
9LintasSabahKota Kinabalu7133213 (0)00
10TitirSabahKeningau6951,48591 (0)40
11Jalan BombaSabahSandakan64531917 (0)262
12GreenhillSarawakKuching, Miri64214342 (0)00
13CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras  45235234 (2)180
14MerpatiSelangor, WP Kuala LumpurSepang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Kepong44912549 (0)00
15Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol4286226 (1)20
16TelipokSabahKota Kinabalu41414714 (0)00
17SagukingWP LabuanLabuan32313,345190 (0)401
18BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kerian, Larut Matang & Selama  3501,10744 (0)60
19MegahSabahSandakan, Kota Kinabalu3286414 (0)131
20SamuderaSabahSandakan312129 (0)30
21Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Seremban, Port Dickson2771,98919 (0)580
22BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan2551,04215 (1)400
23SauhSabah, SarawakKota Kinabalu, Papar, Miri, Daro23240312 (0)200
24MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang23190531 (0)00
25MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Kepong23011121 (1)81
26SofiNegeri SembilanSeremban110317491 (0)120
27MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah18554827 (0)580
28SimeraTerengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, KelantanBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Lembah Pantai, Putrajaya, Tanah Merah  1841,15231 (0)530
29AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu14176417 (0)240
30AstakaSelangor, PahangPetaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Maran  13311533 (0)00
31Bah KenanganSelangorHulu Langat128606 (0)220
32Bina LabuanWP LabuanLabuan12217121 (0)01
33TitianWP LabuanLabuan11253012 (0)00




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pecahan kes baharu 659 termasuk 1 kes import.

3 negeri tidak melaporkan kes baharu iaitu Johor, Melaka dan Perlis.

Tiada kluster baharu dilaporkan, namun kes baharu masih dikesan dalam 33 kluster sedia ada.




Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
31 Okt 2020
Kes sembuh=1000
Jumlah kes sembuh=21,248 kes
Kes baharu positif=659
(kes import=1, kes tempatan=658)
Jumlah positif=31,548 kes
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian=249 kes
Kes dirawat di ICU=83 kes
Bantuan Alat Pernafasan=19 kes


Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 31 Oktober 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 131 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 55 kes baharu hari ini ( 54 tempatan, 1 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (3 KES)

Kuang - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Simera) - 1 kes

Setapak - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Batu - 1 kes lokal
Saringan Warga Asing - 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (18 KES)

Ampang - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

Cheras - 2 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes

Kajang - 13 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Kenangan) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 4 kes
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 6 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Semenyih - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KLANG (3 KES)

Kapar - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 1 kes

Klang - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (11 KES)

Jugra - 1 kes lokal
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Morib - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Tanjung Dua Belas (1) - 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 5 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes

Telok Panglima Garang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (1 KES)

Kuala Selangor - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH PETALING (13 KES)

Damansara - 5 kes lokal, 1 Import B
Saringan Bergejala (Imp B) - 1 kes
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Menara) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Petaling - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Sungai Buloh - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Import A - 1 kes (Bangladesh)

DAERAH SEPANG (6 KES)

Dengkil - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 1 kes

Labu - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

Sepang - 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 3 kes



Sabah catat 529 kes baharu. Daripada jumlah itu, 205 adalah dari kluster-kluster sedia ada.

203 kes daripada saringan kontak rapat dan 121 kes adalah daripada lain-lain saringan. Beaufort telah bertukar kepada zon kuning hari ini selepas mencatatkan kes bawah 41.




1000 kes sembuh dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 21,248.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED