Translate

31 October 2020

Seorang Lagi Ditahan Polis Berhubung Kes Mayat Rentung Dalam SUV (1 Video)

               



Kematian jurutera akibat serangan objek tajam sebelum rentung  

Seorang lagi ditahan polis berhubung kes mayat rentung dalam SUV
BERNAMA
31/10/2020


KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes mayat yang ditemukan rentung dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbakar di kawasan semak di Kota Warisan, Sepang, Selangor pada hari Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata lelaki berusia 24 tahun dipercayai rakan kepada mangsa ditahan di Batu Caves, Selangor, kira-kira pukul 1.00 petang semalam.

“Tangkapan ini menjadikan jumlah yang ditahan bagi kes ini adalah seramai tiga orang manakala motif kejadian masih dalam siasatan. Suspek itu direman mulai semalam sehingga 6 Nov ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan berdasarkan nombor pendaftaran, kereta yang terbakar itu milik lelaki berumur 42 tahun yang bekerja sebagai jurutera manakala dua tangkapan sebelum ini adalah membabitkan dua lelaki dipercayai rakan mangsa berusia 42 dan 38 tahun yang bekerja sebagai kontraktor.

Polis mengklasifikasikan penemuan mayat itu sebagai kes bunuh dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 34 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 4 hrs 49 mins ago