Translate

28 October 2020

Apa Lagi Rakyat Mau?


28 Oktober 2020
APA LAGI RAKYAT MAU?


1) Saya menjadi wakil rakyat sejak tahun 2004. Selama 16 tahun ini, saya belajar untuk cuba memahami apa kehendak rakyat.


2) Sebagai orang politik, keupayaan untuk mendengar denyut nadi rakyat adalah satu keperluan untuk kita membuat keputusan yang tepat.


3) Saya cuba menyenaraikan 10 perkara yang saya rasa dikehendaki oleh rakyat Malaysia pada ketika ini, seperti di bawah;
a) Tidak ada pilihanraya umum mengejut sehingga tempoh Parlimen tamat
b) Tidak ada perintah darurat dan sistem demokrasi berparlimen terus berfungsi
c) Negara terus aman dan stabil
d) Dasar dan program kerajaan untuk membantu golongan yang terkesan atau hilang punca pendapatan
e) Dasar dan program kerajaan yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan
f) Langkah-langkah kesihatan yang lebih efektif untuk membendung penularan wabak Covid-19
g) Kehidupan masyarakat dan aktiviti sosial secara normal dapat dikembalikan secepat mungkin.
h) Kurangkan perbalahan politik dalam media sosial
i) Anak-anak boleh bersekolah seperti biasa tanpa rasa ketakutan
j) Keluarga boleh pergi bercuti bersama dengan penuh kegembiraan.


4) Sila bantu saya untuk memahami apa lagi anda mahu? 


5) Kalau semua pemimpin politik cuba memahami apa rakyat mahu, maka keputusan yang baik untuk negara dan rakyat akan dilaksanakan.

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 3 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 18 mins ago
A visitor from Wiesbaden viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 34 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ringgit rises, Dollar slips on escalating trade di' 36 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 38 mins ago
A visitor from Wiesbaden viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 39 mins ago