Translate

31 October 2020

Inkubasi Virus Lebih 14 Hari Belum Pernah Dilaporkan Di Malaysia

 Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
                   
COVID-19: Inkubasi virus lebih 14 hari belum pernah dilaporkan di Malaysia
BERNAMA
31/10/2020



PUTRAJAYA, 31 Okt -- Kes COVID-19 yang melibatkan tempoh inkubasi virus itu lebih dari 14 hari belum pernah dilaporkan di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes-kes inkubasi pada tempoh yang panjang itu pernah dilaporkan di luar negara namun bukan di Malaysia.

"Kebanyakan kes COVID-19 dikesan pada hari ketujuh, kelapan dan sehingga hari ke-13 dan 25 peratus yang dikuarantin akan bergejala pada hari ke-12 atau ke-13.

Tetapi tempoh (inkubasi) untuk 21 hari tidak pernah lagi dilaporkan," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai kes seorang wanita yang dilaporkan pulang ke Sarawak dari Labuan dan didapati positif pada ujian ketiga iaitu pada hari ke-18.

Mengulas lanjut perkara itu, Dr Noor Hisham berkata wanita itu disaring pada hari ke-10 dan mula bergejala pada hari ke-11 namun individu berkenaan tidak memaklumkan kepada petugas kesihatan.

Katanya setakat ini seramai 1,181 individu dikesan positif bagi kes pengembara dan pemaustatin tetap yang pulang dari luar negara.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 75 peratus dikesan positif pada hari pertama manakala 25 peratus lagi dikesan positif selepas saringan pada hari ke-13.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 26 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 2 hrs ago