Translate

31 October 2020

Polis Serbu Restoran Dijadikan Pusat Hiburan (1 Video)





37 individu dikompaun, 18 GRO dicekup  
Polis serbu restoran dijadikan pusat hiburan
BERNAMA
31/10/2020


KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Menjadikan restoran sebagai pusat hiburan sementara, itulah taktik digunakan tiga premis yang diserbu pihak polis ketika membuat tinjauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sekitar Bandar Puteri Puchong, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata ketiga-tiga premis yang beroperasi secara tertutup berkenaan mempunyai lesen sah restoran tetapi ia telah disalahgunakan.

Beliau berkata serbuan yang bermula pada kira-kira 10 malam tadi, mendapati ketiga-tiga premis itu lengkap memiliki kerusi dan meja makan tetapi ia tidak menyediakan perkhidmatan makanan.

“Sebaliknya, apabila polis membuat serbuan, kami mendapati kesemua premis itu menjual minuman keras dan dipasangkan televisyen besar untuk aktiviti berhibur.

“Ini sekali gus jelas melanggar arahan PKPB dan ia sama sekali tidak dibenarkan beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan PKPB, di lokasi kejadian.

Razali berkata dalam tinjauan itu, pihaknya juga menahan 18 wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di ketiga-tiga premis itu, tujuh lelaki warga Myanmar serta seorang lelaki Bangladesh dipercayai pekerja di premis berkenaan selain dua individu tempatan berusia lingkungan 25 hingga 55 tahun.

Razali berkata pihaknya juga mengeluarkan kompaun kepada 37 pelanggan serta pekerja tempatan di ketiga-tiga premis berkenaan selepas didapati melanggar arahan PKPB mengikut Peraturan 3 dan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

-- BERNAMA

                  

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 34 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 4 hrs 49 mins ago