Dr Ahmad Zahid Hamidi |
UMNO: Ahli-Ahli Parlimen UMNO Akan Terus Mendokong Kerajaan Perikatan Nasional
Umno terus sokong kerajaan PN - Ahmad Zahid
BERNAMA
27/10/2020
KUALA LUMPUR, 26 Oct (Bernama) — Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selain tidak menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu juga terus menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan konsensus politik.
“Mesyuarat juga memutuskan agar kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik COVID19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
-- BERNAMA