Translate

31 October 2020

Beroperasi Tanpa Lesen, Tiga Premis Diarah Tutup - DBKL

             


Beroperasi tanpa lesen, tiga premis diarah tutup - DBKL
BERNAMA
31/10/2020 07:48 PM


KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Sebuah pusat hiburan dan dua rumah urut yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di tiga lokasi berasingan di sini, ditutup selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati ketiga-tiga premis berkenaan beroperasi tanpa lesen.

Menurut kenyataan DBKL hari ini, penutupan itu dilakukan dalam operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Hiburan dan Rumah Urut/Pelacuran di Jalan Yew Bukit Bintang, Prima Setapak Wangsa Maju dan Jalan Radin Tengah Seputeh, di sini malam tadi.

“Dua notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta satu notis pemberitahuan kesalahan di bawah Akta Hiburan 1992,” demikian menurut kenyataan itu.

Selain itu, DBKL turut menyita 29 barangan daripada premis terbabit seperti kamera litar tertutup (CCTV), televisyen, kondom, pembesar suara, monitor, komputer dan lain-lain peralatan.

Operasi melibatkan lapan pegawai dan 52 anggota daripada Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

-- BERNAMA











Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 36 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 2 hrs 11 mins ago