Translate

26 October 2020

Institusi Pendidikan Di Selangor, KL dan Putrajaya, Ditutup Sehingga 9 November - KPM

              

Institusi pendidikan di Selangor, KL dan Putrajaya, ditutup sehingga 9 Nov - KPM
BERNAMA
26/10/2020


KUALA LUMPUR, 26 Okt, -- Penutupan semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 Nov ini.

KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu susulan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga kawasan itu dari 27 Okt hingga 9 Nov ini.

Menurut kenyataan itu, penutupan institusi pendidikan berkenaan termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Sehubungan itu, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, manakala manual pengajaran dan pembelajaran boleh dimuat turun di portal rasmi KPM, www.moe.gov.my.

PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula 14 Okt llalu sepatutnya tamat esok.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED