Translate

30 October 2020

Inspektor, Sarjan Direman Bantu Siasatan Terima Suapan RM5,000 (1 Video)

                                                


Rasuah :Dua individu berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan  

Inspektor, sarjan direman bantu siasatan terima suapan RM5,000
BERNAMA
30/10/2020


ALOR SETAR, 30 Okt -- Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang anggota polis berpangkat sarjan masing-masing direman empat dan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan sebanyak RM5,000 pada awal bulan ini.

Perintah reman terhadap lelaki berumur 32 dan 51 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, kedua-dua polis itu disyaki bersubahat dengan seorang lelaki untuk menerima suapan daripada seorang lelaki lain berjumlah RM5,000 bagi menutup kes dan tidak ditahan atas kesalahan jenayah pecah rumah.

Sarjan berkenaan ditahan di depan sebuah restoran di Kulim pada 3.30 petang semalam manakala inspektor terbabit ditahan di pejabatnya di Kulim pada 5.25 petang semalam dan lelaki itu pula ditahan di Juru pada 5.25 petang Rabu lepas sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 3 hrs 21 mins ago