Translate

30 October 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 

          

553 individu ditahan ingkar #PKPP dengan 532 dikompaun dan 21 direman semalam - Ismail Sabri

Ops Benteng: 46 pendatang tanpa izin ditahan, lima kenderaan darat dirampas semalam - Ismail Sabri

Salur terus maklumat mengenai pendatang tanpa izin di talian 01162511223 untuk tindakan lanjut - Ismail Sabri

-----------------------------------------------------------------------------------

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 30 Okt 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan •2,481 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 11,911 anggota telah membuat 50,948 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•Sebanyak 3,476 pasar raya, 4,907 restoran, 1,446 penjaja, 1,543 pasar awam/tani serta 2,999 tempat ibadah dan 1,180 tempat riadah telah diperiksa.
•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk: oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (165) oTidak memakai pelitup muka (153) oPenjarakan fizikal (87) oPremis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (37) oAktiviti pusat hiburan (18) oLain-lain (93)

2. Kawalan Sempadan Negara •Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 46 PATI serta merampas 5 kenderaan darat. •Sebanyak 293 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: oPDRM – 219 SJR oATM – 65 SJR oAKSEM – 9 SJR
•Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.

3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 10,896 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. •Semalam, sebanyak 22 operasi sanitasi meliputi 11 Zon Merah, 7 Zon Kuning dan 1 Zon Hijau di 6 buah negeri iaitu:

oSabah (10 operasi) oMelaka (4 operasi oPulau Pinang (3 operasi) oTerengganu (3 operasi) oWP Kuala Lumpur (1 operasi) oLabuan (1 operasi)
Operasi Sanitasi ini melibatkan 119 anggota JBPM serta 176 anggota PBT dan 38 dari agensi-agensi lain.

4.Kuarantin Wajib •Dari 24 Julai sehingga 29 Oktober 2020, seramai 57,396 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•9,221 individu sedang jalani kuarantin wajib di 63 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan
•381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 47,794 individu dibenarkan pulang ke rumah.

5. Penamatan PKPB Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah •Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPB Kampung Padang Che Mas pada 31 Oktober 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.

6. Operasi Hospital Medan •Sejak 20 Oktober sehingga 28 Oktober 2020, seramai 163 orang pesakit telah dirawat untuk rawatan bukan COVID-19 terdiri 143 pesakit wanita manakala 20 lagi adalah lelaki.
•Antara rawatan yang diberikan adalah berkaitan dengan Obstetrik dan Ginekologi, Onkologi dan Pediatrik.

















Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED