Translate

30 October 2020

Individu Bekerja Sendiri Boleh Mohon Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah, Negeri- Ismail Sabri

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
                 

Individu bekerja sendiri boleh mohon kebenaran polis untuk rentas daerah, negeri- Ismail Sabri
BERNAMA
30/10/2020 


KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Individu yang bekerja sendiri boleh memohon surat kebenaran di balai polis untuk pergerakan keluar daerah atau negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata surat kebenaran itu akan memudahkan pergerakan dan urusan mana-mana individu sewaktu ditahan di sekatan jalan raya (SJR).

“Jadi perlu ke balai polis, dapatkan surat kebenaran pergerakan. Saya faham mereka tidak mempunyai majikan, jadi tiada siapa dapat sahkan mereka bekerja di mana-mana syarikat.

“Nasihat saya, pergilah ke balai polis. Ini cara paling sesuai,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Ismail Sabri mengulas laporan membabitkan seorang penjaja makanan dikenakan kompaun RM1,000 dalam satu SJR kerana tidak memiliki surat kebenaran bekerja daripada majikan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 36 mins ago
A visitor from Ayer itam viewed 'MACC trace RM30' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MoU Dengan China Perlu Segera Dilaksanakan, Ini Ar' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tanah Runtuh TTDI Dinding Tembok Sebuah Sekolah An' 56 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Segelintir Majikan Masih Degil Enggan Bayar Gaji M' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 1 hr 48 mins ago