Translate

18 March 2025

Trafik di Terengganu dijangka sesak bermula 28 Mac - JPJ



Trafik di Terengganu dijangka sesak bermula 28 Mac - JPJ

Bernama

18/03/2025


Kesesakan dijangka berlaku di lebuh raya utama dan jalan Persekutuan pada waktu kemuncak iaitu 29 dan 30 Mac. - Gambar fail


KUALA TERENGGANU: Keadaan lalu lintas di Terengganu dijangka sesak dengan kemasukan 70,000 hingga 80,000 kenderaan sempena Aidilfitri bermula 28 Mac ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu Mohd Zamri Samion berkata kesesakan dijangka berlaku di lebuh raya utama dan jalan Persekutuan pada waktu kemuncak iaitu 29 dan 30 Mac.

Sehubungan itu, Zamri berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.

"Antara tindakan kita termasuk menjalankan rondaan berterusan selama 16 jam sehari sepanjang tempoh berkenaan.

"Operasi juga akan dilaksanakan secara 24 jam pada 29 dan 30 Mac selaras dengan Larangan Pemanduan Kenderaaan Barangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, Mohd Zamri berkata JPJ Terengganu juga akan menempatkan anggotanya di lokasi strategik bagi memantau dan menyurai keadaan trafik apabila berlaku kesesakan.

Beliau berkata pemantauan secara terbuka dan tersembunyi juga dirancang di kawasan berisiko tinggi atau blackspot bertujuan mengesan pemandu yang melanggar peraturan.

"Kesesakan seterusnya dijangka berlaku pada 5 dan 6 April apabila anak perantau melakukan perjalanan pulang ke ibu kota dan destinasi lain untuk bekerja.

"Kita akan meneruskan penguatkuasaan serupa dalam tempoh itu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Driver Honda Tunjuk Samseng | BEST FBKL' 16 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'First day of Lady Gaga concert ticket presales see' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'First day of Lady Gaga concert ticket presales see' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga Maut, Dua Cedera Nahas Empat Kenderaan | BEST' 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Padang SNBJ cantik, sedia untuk aksi final Piala M' 45 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Rayuan tolak permohonan MyCC kembalikan d' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rancang perjalanan melalui aplikasi MyPLUS-TTA | B' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk d' 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang telah kemuka nama calon TYT baharu - ' 58 mins ago