Translate

16 March 2025

Teo Nie Ching dipilih sebagai Naib Pengerusi DAP



Teo Nie Ching dipilih sebagai Naib Pengerusi DAP

Bernama

16/03/2025


Teo Nie Ching diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Naib Pengerusi DAP yang baharu dalam kepimpinan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bagi penggal 2025-2028. - Gambar fail/BERNAMA


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kulai yang juga Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Naib Pengerusi DAP yang baharu dalam kepimpinan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bagi penggal 2025-2028.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ketika mengumumkan barisan kepimpinan baharu itu berkata pemilihan Teo berdasarkan jumlah undian yang diraih beliau pada pemilihan 30 ahli CEC hari ini yang diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal di sini.

Pada penggal 2022-2025, Teo yang juga Ketua Wanita DAP memegang jawatan sebagai Setiausaha Publisiti Kebangsaan.

Selain Teo, turut mendapat mandat memegang jawatan penting ialah bekas Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP yang juga Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung.

Turut mengisi senarai barisan kepimpinan pusat ialah Timbalan Ketua Wanita DAP Yeo Bee Yin yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan manakala Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman dan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi dilantik sebagai Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.

DAP juga memberi kepercayaan kepada bekas Ahli Parlimen Batu Kawan P. Kasthuriraani untuk memegang jawatan Setiausaha Antarabangsa manakala Ahli Parlimen Lanang yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng sebagai Penolong Setiausaha Antarabangsa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee pula dilantik menjawat jawatan Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya Liow Cai Tung antara tiga individu yang dipilih.

Terdahulu, dalam pemilihan CEC hari ini, Teo antara sembilan wanita yang mendapat undi tertinggi bagi melengkapi senarai 30 ahli CEC.

Beliau meraih 2,585 undi; diiikuti Yeo (2,503); Vivian (2,244) dan Hannah (2,169).

Turut mendapat undi tertinggi pada pemilihan membabitkan seramai 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan itu ialah Alice Lau (2,165); Liow (2,139); Young Syefura (1,943) dan Kasthuriraani (1,722); dan Wong (1,655).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Batik Air kemas kini peraturan bawa 'power bank', ' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BN selesai muktamad calon - Zambr' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Had tempoh PM 10 tahun bukan bahan politik perkaum' 38 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Doctor Killed in Superbike Crash at Karak Highway ' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed '24 Mac keputusan ikat jamin CEO GISB bersama 20 in' 52 mins ago