Translate

14 March 2025

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS



Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS

Bernama

14/03/2025


Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi yang mendorong sebahagian pelabur beralih kepada aset selamat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi yang mendorong sebahagian pelabur beralih kepada aset selamat.

Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen mengelak risiko kekal ketara dengan ekuiti Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan penurunan.

Katanya indeks petunjuk pasaran merosot lebih satu peratus manakala harga bon Perbendaharaan AS meningkat, menunjukkan peniaga dan pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat di sebalik situasi tidak menentu daripada perang perdagangan.

"Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.22 peratus kepada 103.841, didorong oleh ketidaktentuan yang ketara terhadap prospek pertumbuhan global pada tahun ini," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS mencatatkan kadar yang lebih rendah daripada jangkaan pada 3.2 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.3 peratus.

Katanya ini membuka ruang kepada Rizab Persekutuan (Fed) untuk memberi petunjuk terhadap pendekatan dasar monetari yang berhati-hati minggu depan apabila ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bersidang pada 19 Mac.

"Oleh itu, ringgit dijangka kekal rendah dalam masa terdekat berikutan peserta pasaran beralih kepada mata wang selamat, terutamanya dolar AS.

"Jangkaan pelonggaran dasar monetari oleh Fed dan kemungkinan kemelesetan ekonomi AS yang meningkat boleh mengekalkan sentimen berhati-hati, yang boleh memberi kelebihan kepada dolar dalam tempoh terdekat," katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.8094/8235 daripada 4.8205/8276 semalam dan naik berbanding pound kepada 5.7399/7568 daripada 5.7426/7510. Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9949/3.0041 daripada 2.9909/9953.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3169/3271 daripada 3.3198/3250 sebelum ini, bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1495/1944 daripada 13.1199/1443.

Ringgit turut rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 269.7/270.6 daripada 269.7/270.2 dan sedikit berubah berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.75 daripada 7.72/7.74.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah ber' 2 hrs 44 mins ago