Translate

17 March 2025

PRK Ayer Kuning: BN selesai muktamad calon - Zambry



PRK Ayer Kuning: BN selesai muktamad calon - Zambry

Bernama

17/03/2025


Zambry (foto) berkata calon itu akan diumumkan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat. -Gambar fail/Bernama


PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning, yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, dengan penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, yang menang dengan majoriti 2,213 undi pada PRU15.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata calon itu akan diumumkan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.

"BN juga kini sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRK ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Ihya Ramadan di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enam nama termasuk calon muda disenarai pendek untuk mewakili parti itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 2 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''DEFIES LOGI' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasu' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta | ' 25 mins ago