Translate

18 March 2025

Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurung ke KPT esok - Pengarah



Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurung ke KPT esok - Pengarah

Bernama

18/03/2025


Semalam, polis dalam satu kenyataan mengesahkan insiden 'pengganas', 'tembakan' dan 'tebusan pelajar' di PUO yang mencetuskan panik dan tular di media sosial adalah latihan pengurusan dan pengendalian krisis. - Gambar/ Bernama


IPOH: Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO) Dr Shamsuri Abdullah berkata laporan awal berhubung latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan, Ex-Kurung akan diserahkan oleh pihaknya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) esok, sebagai pencerahan berkenaan situasi yang berlaku.

Shamsuri berkata laporan penuh mungkin mengambil masa namun beliau telah berhubung dengan Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi memberikan maklumat awal.

"Kita terima pelbagai respons sama ada yang positif mahupun yang kurang senang kerana dikatakan mengganggu pembelajaran, berlaku kecederaan dan sebagainya. Bagaimanapun, saya rasa perkara ini dapat diredakan apabila masyarakat mengetahui bahawa ini adalah satu simulasi ataupun latihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada penutupan Ex Kurung yang dilaksanakan di PUO selama dua hari sejak semalam.

Semalam, Zambry berkata Ex Kurung dilaksanakan dengan persediaan rapi meskipun terdapat insiden membabitkan seorang pelajar yang dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan pihaknya menunggu laporan penuh daripada PUO.

Sementara itu, Shamsuri berkata pihaknya akan memberikan penumpuan terhadap pelajar yang menjadi 'tebusan' kerana mereka dianggap paling terkesan dengan latihan berkenaan.

"Penasihat akademik akan menemui mereka dan kita akan pastikan kesihatan mereka tidak terjejas dan terjamin," katanya.

Semalam, polis dalam satu kenyataan mengesahkan insiden 'pengganas', 'tembakan' dan 'tebusan pelajar' di PUO yang mencetuskan panik dan tular di media sosial adalah latihan pengurusan dan pengendalian krisis dikenali sebagai Ex Kurung.

Ex-kurung yang melibatkan lebih 200 individu terdiri daripada 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas kementerian kesihatan (KKM), media dan pengurusan PUO diadakan sejak pagi semalam melibatkan serangan sekumpulan pengganas, penahanan tebusan dalam kalangan pelajar dan pensyarah diakhiri dengan 'serangan' terhadap pengganas dan operasi penyelamat tebusan kira-kira 5.30 pagi tadi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai,' 6 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Peter Anthony fail semakan kepu' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anita Azrina ganti Hans Isaac | BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar nasihat semua pihak jan' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MAG terima 30 pesawat berbadan sempit Boeing 737 b' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terim' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 1 hr 29 mins ago