Translate

16 March 2025

Polis terima laporan pelajar sekolah asrama penuh di Teluk Intan didakwa dibuli



Polis terima laporan pelajar sekolah asrama penuh di Teluk Intan didakwa dibuli

Bernama

16/03/2025


Polis berkata hasil siasatan pihaknya mendapati kejadian buli itu berpunca daripada pelajar senior yang mahu mendisiplinkan pelajar junior, namun tindakan dibuat dengan cara yang salah. - Foto hiasan


BAGAN DATUK: Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Supt Mohammad Ali Mohd Jali berkata laporan diterima daripada pelajar tingkatan dua dan empat sekolah berkenaan yang mendakwa dibuli dua pelajar tingkatan lima sehingga mereka mengalami sakit otot serta bengkak pada bahagian tangan.

"Hasil siasatan awal mendapati dua pelajar tingkatan lima memberi arahan kepada 62 pelajar lelaki tingkatan dua dan empat melakukan 200 kali tekan tubi dengan alasan ingin mendisiplinkan mereka.

"Setakat ini kita hanya menerima tujuh laporan sahaja daripada pelajar yang terkesan," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk di sini hari ini.

Mohammad Ali berkata hasil siasatan pihaknya mendapati kejadian buli itu berpunca daripada pelajar senior yang mahu mendisiplinkan pelajar junior, namun tindakan dibuat dengan cara yang salah.

Beliau berkata setakat ini pihaknya masih menunggu perintah untuk siasat (OTI) daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan keterangan diambil daripada dua pelajar tingkatan lima yang didakwa melakukan buli itu, dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, dilaporkan terdapat kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang difahamkan dilakukan oleh pelajar senior terhadap junior mereka.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tafsiran kuota kerusi Parlimen, pelantar ben' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 19 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 39 mins ago