Translate

02 March 2025

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan lari dari rumah perlindungan



Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan lari dari rumah perlindungan

Bernama

02/03/2025


Polis menerima laporan mengenai kehilangan Thavamalar, 17, pada 5.13 petang semalam. - Foto PDRM


KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari sebuah rumah perlindungan di Petaling Jaya, dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Thavamalar pada 5.13 petang semalam.

"Remaja berkenaan kali terakhir dilihat berada di Jalan 12/6 Seksyen 12 Petaling Jaya pada 7.05 malam 28 Feb dan mempunyai ketinggian 159 sentimeter, berambut panjang serta berbadan kurus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di 03-79662222.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED