Translate

14 March 2025

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga



PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga

Bernama

14/03/2025


Anwar menyantuni para peniaga dan pengunjung pada Sesi Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Kamunting hari ini. - Gambar Bernama


TAIPING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 6 petang diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Turut hadir Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail.

Anwar meluangkan masa selama kira-kira 20 minit melawat gerai-gerai sambil beramah mesra dengan penjual serta pengunjung bazar.

Beliau juga dengan gembira menerima juadah yang diberikan oleh peniaga-peniaga.

Sementara itu seorang peniaga air, Azri Ifwat, 31, berkata jumlah pengunjung hari ini agak luar biasa apabila ramai yang datang ke bazar untuk bertemu dengan Perdana Menteri setelah dimaklumkan melalui kumpulan WhatsApp penduduk.

"Alhamdulillah jualan saya juga berganda hari ini, ini tahun kedua saya berniaga di sini, kedatangan pengunjung hari ini antara yang paling ramai," katanya.

Sebanyak 172 gerai jualan terdapat di Bazar Ramadan berkenaan dan hari ini sebanyak 800 insentif e-wallet bernilai RM20 ditawarkan untuk ditebus oleh pengunjung terawal.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 8 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 40 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 12 mins ago