Translate

16 March 2025

PM Anwar hadiri kongres kebangsaan DAP ke-18



PM Anwar hadiri kongres kebangsaan DAP ke-18

Bernama

16/03/2025


Proses pemilihan CEC DAP yang bersempena dengan Kongres Kebangsaan ke-18 itu menyaksikan 70 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan. - Foto BERNAMA


SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini bagi memilih Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Ketibaan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan pada 10 pagi itu disambut pimpinan utama parti termasuk Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan Gobind Singh Deo.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim Chee Keong dan Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

Proses pemilihan CEC DAP yang bersempena dengan Kongres Kebangsaan ke-18 itu menyaksikan 70 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan.

Steven Sim sebelum ini memaklumkan 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan berkenaan.

Mereka yang terpilih dalam CEC itu akan menerajui barisan kepimpinan DAP bagi penggal 2025 hingga 2028, yang kemudiannya turut akan memilih kepimpinan tertinggi termasuk Setiausaha Agung baharu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 53 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC opens two investigation papers involving Sapu' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Anies 1, Prabowo 2 dan Gan' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 2 hrs 34 mins ago