Translate

25 March 2025

Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya skim pelaburan tidak wujud



Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama

25/03/2025


Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 52 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles. - Gambar fail/BERNAMA


SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM2.08 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 52 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles.

Beliau berkata sebagai modal pelaburan, mangsa telah diminta membuat sembilan transaksi pembayaran ke sembilan akaun bank berbeza berjumlah RM2.08 juta.

"Mangsa tampil membuat laporan polis selepas mula menyedari ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 14 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 24 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 45 mins ago
A visitor from California viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Tigerair said that Flight TR2993, which was carryi' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 1 hr 59 mins ago