Translate

21 March 2025

Pengurus ladang rugi RM1.9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud



Pengurus ladang rugi RM1.9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud

Bernama

21/03/2025


Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud. -Gambar hiasan/Pixabay


JOHOR BAHRU: Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Mangsa ditawarkan pelaburan melalui WhatsApp dan diarahkan memuat turun aplikasi pelaburan sebelum membuat pembayaran ke beberapa akaun bank.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas mangsa menyedari dia telah ditipu dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa telah ditawarkan pelaburan berkenaan oleh individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp dan dia diarahkan memuat turun aplikasi pelaburan sebelum memulakan perdagangan mata wang kripto.

Beliau berkata warga emas itu yang berminat dengan tawaran keuntungan 20 hingga 40 peratus daripada jumlah yang dilaburkan telah menurut arahan suspek dan kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp untuk arahan selanjutnya.

"Mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM1.9 juta ke beberapa akaun bank yang diarahkan antara Disember 2024 hingga Februari lepas. Selepas bayaran dibuat, dia melihat status pelaburannya di aplikasi tersebut mencatatkan keuntungan sebanyak USD22.2 juta.

"Mangsa mahu mengeluarkan wang itu tetapi masih diminta membuat pembayaran. Mangsa percaya telah ditipu lalu membuat laporan polis semalam," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 52 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 57 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 4 hrs 3 mins ago