Translate

20 March 2025

Pegawai Imigresen didakwa terima rasuah RM47,600



Pegawai Imigresen didakwa terima rasuah RM47,600

Bernama

20/03/2025


Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600. - Foto Bernama


KUANTAN: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600.

Kamarul Amilin Zainal Ariffin, 39, beralamat di Temerloh Jaya, Temerloh didakwa menerima suapan daripada pengusaha pusat hiburan dan refleksologi serta pemilik kebun serta kilang kayu di Temerloh, Raub dan Cameron Highlands bagi mendedahkan maklumat operasi serbuan kepada mereka.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke 10, lelaki bertugas di Bahagian Penguatkuasa dan Risikan Temerloh itu didakwa menerima suapan antara RM900 dan RM3,000 yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya di sebuah bank di Temerloh bermula 28 Mac 2018 hingga 30 Sept 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan 11 hingga ke 22 pula, Kamarul Amilin yang bertugas di tempat sama telah menerima rasuah bernilai antara RM1,000 dan RM5,000 yang dipindahkan secara dalam talian di bank sama bermula 2 Jan 2018 hingga 8 Nov 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa SPRM Pahang Kamariah Seman menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar memohon jaminan rendah dikenakan terhadap anak guamnya yang kini bertugas di Depot Imigresen Kemayan, Bera dan memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1,800 serta menanggung tiga anak.

Hakim Sazlina Safie kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan 29 April untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 26 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 51 mins ago
A visitor from Samarinda viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Clacton-on-sea viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump greeted by chants of 'USA!' at NCAA wrestlin' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Clacton-on-sea viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kalau Nak Jual Patut DBKL Datang Bincang Dulu Alih' 3 hrs 11 mins ago