Translate

20 March 2025

Empat warga Pakistan ditahan cuba masuk ke Malaysia secara haram



Empat warga Pakistan ditahan cuba masuk ke Malaysia secara haram

Bernama

20/03/2025


Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka merupakan rakyat Pakistan yang memasuki Malaysia secara tidak sah bertujuan mencari pekerjaan. - Gambar hiasan/Adobe Stock


KOTA BHARU: Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan empat warga Pakistan yang cuba memasuki negara ini dengan menyeberangi Sungai Golok dari Thailand semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian berlaku pada 10.50 malam ketika pasukan operasi melakukan rondaan di Sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

"Pasukan operasi mengesan sebuah bot dinaiki lima lelaki menyeberangi Sungai Golok ke arah negara ini dengan empat daripadanya berjaya ditahan di tebing sungai itu di sebelah Malaysia manakala seorang lagi lelaki dipercayai tekong bot bagaimanapun dapat melarikan diri ke arah Thailand," menurut kenyataan itu.

TDM memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka merupakan rakyat Pakistan yang memasuki Malaysia secara tidak sah bertujuan mencari pekerjaan dan mendakwa telah membayar sejumlah wang kepada ejen di Thailand yang menguruskan proses kemasukan ke negara ini.

"Sekiranya berjaya, ejen di Malaysia akan bertindak sebagai transporter untuk menghantar mereka ke selatan tanah air bagi mendapatkan pekerjaan," menurut kenyataan itu.

TDM memaklumkan turut ditemukan hasil penahanan itu ialah telefon bimbit, beberapa keping wang kertas dalam mata wang asing serta barangan peribadi dianggarkan berjumlah RM7,555 dan kesemua warga asing itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya.

--BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 41 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Samarinda viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Clacton-on-sea viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump greeted by chants of 'USA!' at NCAA wrestlin' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Clacton-on-sea viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kalau Nak Jual Patut DBKL Datang Bincang Dulu Alih' 3 hrs 26 mins ago