Translate

22 March 2025

Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti



Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti

Bernama

22/03/2025


Tangkap layar sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam perpustakaan sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor.


KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung seorang lelaki dipercayai penuntut sebuah universiti swasta yang melakukan perbuatan tidak senonoh di perpustakaan universiti berkenaan, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Polis membuka kertas siasatan berhubung seorang lelaki dipercayai penuntut universiti swasta yang melakukan perbuatan tidak senonoh di perpustakaan, yang tular di media sosial.

Keterangan suspek belum dirakam dan polis akan meminta pihak keluarga membawa suspek untuk merakam keterangannya minggu depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat, berkata laporan mengenai dua video tular itu telah dibuat oleh orang awam malam semalam.

"Hasil siasatan awal mendapati rakaman video memaparkan seorang lelaki, disyaki pelajar, melakukan perbuatan tidak senonoh di perpustakaan sambil menonton video di komputer ribanya.

"Keterangan suspek masih belum dirakam. Kita akan meminta pihak keluarga untuk membawa suspek bagi tujuan merakam keterangannya pada minggu depan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," tambahnya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Insp. T. Vanitha di talian 017-2229832 atau 03-78627222, atau tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Tekanan hutang dorong lelaki samun kedai emas - Po' 5 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 9 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 20 mins ago
A visitor from California viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Benda dah viraI tunggu kena kutip je | BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota Polis Dituduh Cabul Remaja Dicari | BEST F' 31 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 35 mins ago
A visitor from New york viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 36 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 41 mins ago