Translate

22 March 2025

Mangsa banjir di Johor, Sarawak terus meningkat pagi ini, Sabah kekal



Mangsa banjir di Johor, Sarawak terus meningkat pagi ini, Sabah kekal

Bernama

22/03/2025


Seorang penduduk di Kluang meredah banjir di jalan raya yang terputus akibat banjir berikutan hujan berterusan sejak 19 Mac lalu. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak terus meningkat setakat 8 pagi ini, manakala di Sabah masih kekal.

Di JOHOR, Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dilanda banjir, menjadikan jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 13,089 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 11,776 orang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan, kesemua mangsa daripada 3,749 keluarga itu berlindung di 95 PPS yang beroperasi di enam daerah terjejas.

"Daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 5,402 orang, diikuti Kluang (2,458), Pontian (1,782), Kota Tinggi (1,690), Kulai (1,531) dan Batu Pahat pula 226 orang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata tiga sungai dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu stesen Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat dengan bacaan 6.26 meter (m), Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (15.57m) dan Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian (3.25m).

Azmi berkata dua jalan di Kota Tinggi iaitu Jalan Lukut Cina (Taman Aman) dan Jalan Mawai Lama (sebelum Rumah Burung) serta Jalan Jabi Bukit Tempurung, Segamat masih ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat dinaiki air.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 969 orang setakat 8 pagi hari ini, berbanding 435 orang petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan sebuah lagi PPS dibuka di Sibu, menjadikan jumlah mangsa keseluruhan di daerah itu seramai 352 orang, manakala 617 mangsa dipindahkan di daerah Kapit.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 379 orang daripada 124 keluarga yang masih berada di lapan PPS setakat 8 pagi hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS berkenaan dibuka di enam daerah iaitu Beluran, Sandakan, Paitan, Pitas, Keningau dan Sipitang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nevada viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 19 secs ago
A visitor from California viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 34 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Benda dah viraI tunggu kena kutip je | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota Polis Dituduh Cabul Remaja Dicari | BEST F' 11 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 15 mins ago
A visitor from New york viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM BANTU DBKL DAN IMIGRESEN GEMPUR 9 UNIT PENEMP' 22 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 29 mins ago