Translate

22 March 2025

Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di Lebuh Raya Elite



Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di Lebuh Raya Elite

Bernama

22/03/2025


Keadaan bas persiaran yang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 43 Lebuhraya Elite. -Foto sumber polis


SEREMBAN: Seorang pemandu bas ekspres cedera parah manakala 20 penumpang mengalami cedera ringan akibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 43 arah selatan Lebuh raya Elite pada 8 pagi tadi.

Pemandu bas ekspres cedera parah, 20 penumpang cedera ringan dalam kemalangan dengan lori treler di Lebuh raya Elite.

Bas melanggar belakang lori treler yang sedang mendaki di lorong kiri.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata siasatan awal mendapati bas jenis Hino dipandu lelaki warga tempatan berumur 46 tahun itu membawa 20 penumpang warga China dan seorang warga tempatan sebagai jurubahasa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Singapura.

"Bas terbabit secara tiba-tiba melanggar belakang lori treler yang sedang mendaki di lorong kiri. Lori jenis Hino dipandu seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun dari arah Shah Alam menghala ke Senawang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, pemandu bas yang mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Penumpang bas serta pemandu lori treler yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nevada viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar hilang pergelangan tangan' 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tekanan hutang dorong lelaki samun kedai emas - Po' 48 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'KL court official called back to court for trial |' 49 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Florida viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 18 mins ago