Translate

24 March 2025

Lelaki maut dalam kebakaran rumah di Labuan



Lelaki maut dalam kebakaran rumah di Labuan

Bernama

24/03/2025


Punca kebakaran masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk melaporkannya di balai polis berhampiran. - Foto JBPM Labuan


LABUAN: Seorang lelaki berusia 53 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Lubok Temiang, Simpang Mat Isa, awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Usman Tuah dipercayai tinggal bersendirian di rumah berkenaan, dijumpai terbaring tidak sedarkan diri di luar rumah yang terbakar itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abdul Rahman Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.20 pagi dan 21 anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati rumah itu sudah musnah sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Rahman berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk melaporkannya di balai polis berhampiran.


-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED