Translate

20 March 2025

Melaka rasmi jadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026



Melaka rasmi jadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026

Bernama

20/03/2025


Semua pihak terutama penggiat industri pelancongan diseru bekerjasama mempromosikan TMM2026 di pelbagai platform termasuk media sosial. - Bernama


MELAKA: Kerajaan bersetuju menjadikan Melaka sebagai tuan rumah bagi sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM2026), umum Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata ini termasuk kelulusan peruntukan bagi sambutan itu kerana persediaannya akan dilakukan oleh kerajaan negeri sendiri.

"Kita sudah setuju, begitu juga Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan pelancarannya akan kita lakukan semasa Hari Pelancongan Sedunia 2025 yang dijadualkan pada September ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Melaka 2025 di Bukit Cina hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta lebih 1,000 penggiat pelancongan di Melaka.

Tiong berkata justeru itu, beliau mahu semua pihak terutama penggiat industri pelancongan bekerjasama mempromosikan TMM2026 di pelbagai platform termasuk media sosial.

"Ini penting kerana kita mahu ekonomi berasaskan pelancongan ini berkembang pesat dan semua pihak terutama rakyat mendapat manfaatnya," kata beliau.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan' 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 8 mins ago
A visitor from Sarajevo viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lewis-Skelly Scores On Debut! | England 2-0 Albani' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 26 mins ago
A visitor from Jeddah viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 27 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 29 mins ago
A visitor from George town viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 31 mins ago
A visitor from Samarinda viewed 'Trump greeted by chants of 'USA!' at NCAA wrestlin' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 35 mins ago