Translate

20 March 2025

Melaka rasmi jadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026



Melaka rasmi jadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026

Bernama

20/03/2025


Semua pihak terutama penggiat industri pelancongan diseru bekerjasama mempromosikan TMM2026 di pelbagai platform termasuk media sosial. - Bernama


MELAKA: Kerajaan bersetuju menjadikan Melaka sebagai tuan rumah bagi sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM2026), umum Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata ini termasuk kelulusan peruntukan bagi sambutan itu kerana persediaannya akan dilakukan oleh kerajaan negeri sendiri.

"Kita sudah setuju, begitu juga Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan pelancarannya akan kita lakukan semasa Hari Pelancongan Sedunia 2025 yang dijadualkan pada September ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Melaka 2025 di Bukit Cina hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta lebih 1,000 penggiat pelancongan di Melaka.

Tiong berkata justeru itu, beliau mahu semua pihak terutama penggiat industri pelancongan bekerjasama mempromosikan TMM2026 di pelbagai platform termasuk media sosial.

"Ini penting kerana kita mahu ekonomi berasaskan pelancongan ini berkembang pesat dan semua pihak terutama rakyat mendapat manfaatnya," kata beliau.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San jose viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 6 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 7 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Nation celebrates dedicati' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Perkhidmatan Rapid KL On-Demand akan perluas di tu' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dua RUU berkaitan ekonomi diluluskan di Dewan Raky' 8 mins ago
A visitor from Oregon viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 21 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Astro caps off FY25 with content triumphs, quarter' 31 mins ago