Translate

20 March 2025

AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China- Tengku Zafrul



AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China- Tengku Zafrul

Bernama

20/03/2025


Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

"China kekal sebagai rakan dagang terbesar kita dari segi jumlah perdagangan, tetapi AS kini destinasi eksport utama Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ASEAN Unity Drive 2025, di Menara MITI, di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan terus mengadakan libat urus dengan syarikat multinasional dan dewan perniagaan AS untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala dan mengenal pasti bidang kerjasama baharu.

Tengku Zafrul juga menggalakkan syarikat Malaysia untuk menimbang melabur di AS, terutamanya dalam sektor yang berdaya maju secara komersial.

"Kerajaan akan berusaha untuk membantu memudahkan syarikat Malaysia yang ingin berkembang ke pasaran AS.

"Walaupun tiada rancangan setakat ini untuk perjanjian perdagangan antara Malaysia atau ASEAN dan AS, kerajaan tetap terbuka menerima sebarang cadangan untuk perbincangan pada masa depan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Segamat viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 13 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 26 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 27 mins ago
A visitor from Tivim viewed 'Malaysia Aviation tempah sehingga 60 pesaw' 30 mins ago
A visitor from Donegal viewed 'Traders Hotel Kuala Lumpur Serves One of the Best ' 40 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Traders Hotel Kuala Lumpur Serves One of the Best ' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 46 mins ago
A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 52 mins ago