Translate

20 March 2025

AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China- Tengku Zafrul



AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China- Tengku Zafrul

Bernama

20/03/2025


Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

"China kekal sebagai rakan dagang terbesar kita dari segi jumlah perdagangan, tetapi AS kini destinasi eksport utama Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ASEAN Unity Drive 2025, di Menara MITI, di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan terus mengadakan libat urus dengan syarikat multinasional dan dewan perniagaan AS untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala dan mengenal pasti bidang kerjasama baharu.

Tengku Zafrul juga menggalakkan syarikat Malaysia untuk menimbang melabur di AS, terutamanya dalam sektor yang berdaya maju secara komersial.

"Kerajaan akan berusaha untuk membantu memudahkan syarikat Malaysia yang ingin berkembang ke pasaran AS.

"Walaupun tiada rancangan setakat ini untuk perjanjian perdagangan antara Malaysia atau ASEAN dan AS, kerajaan tetap terbuka menerima sebarang cadangan untuk perbincangan pada masa depan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Banjir di Johor, Sabah beransur pulih, jumlah mang' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 45 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 45 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 46 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih 127,000 anggota bakal nikmati In' 47 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Pahang seru umat Islam tunaikan kewajipan b' 47 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Siasatan menyeluruh dimulakan,' 58 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 1 hr 1 min ago
A visitor from Medan viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 1 hr 3 mins ago