Translate

21 March 2025

MOT rangka pelan tindakan kurangkan pelepasan gas rumah hijau dari kapal, pelabuhan



MOT rangka pelan tindakan kurangkan pelepasan gas rumah hijau dari kapal, pelabuhan

Bernama

21/03/2025


Kementerian Pengangkutan bekerjasama dengan kerajaan Australia melalui Perkongsian untuk Infrastruktur bagi membangunkan rangka kerja peraturan komprehensif yang menyokong pengisian bahan bakar hijau.


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau dari Perkapalan dan Pelabuhan untuk memperkukuh usaha menyahkarbon sektor maritim.

Kementerian itu berkata pelan tindakan berkenaan menggariskan langkah jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan pematuhan kepada sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

Selain itu, MOT turut bekerjasama dengan kerajaan Australia melalui Perkongsian untuk Infrastruktur (P4I) bagi membangunkan rangka kerja peraturan komprehensif yang menyokong pengisian bahan bakar hijau.

"Inisiatif ini bukan sahaja akan memperkukuh daya saing Malaysia dalam industri maritim global, tetapi meningkatkan reputasi negara sebagai hab maritim yang mampan.

"Dengan memanfaatkan kepakaran dan teknologi canggih dari Australia, Malaysia berpotensi menjadi peneraju dalam amalan maritim hijau, sekali gus memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara," katanya dalam jawapan lisan yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi Parlimen semalam.

Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol mengenai dasar dan peraturan berkaitan penyahkarbonan bagi industri perkapalan di Malaysia.

MOT berkata tiada sebarang data spesifik yang tersedia untuk mengetahui kedudukan pelepasan karbon dalam industri perkapalan Malaysia berbanding negara-negara di Asia Tenggara.

Namun secara keseluruhannya, negara-negara di Asia menyumbang lebih daripada 58 peratus pelepasan CO2 global pada 2022, mencerminkan tahap cabaran yang dihadapi dalam mengurangkan pelepasan karbon di rantau itu.

MOT menambah Malaysia terus komited untuk bekerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa dalam membangunkan dasar serta teknologi yang menyokong peralihan kepada industri perkapalan rendah karbon.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'GOLDEN BUZZER act Electric Umbrella LIGHT Up the s' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Traders Hotel Kuala Lumpur Serves One of the Best ' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 24 mins ago
A visitor from Hilden viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 29 mins ago
A visitor from Sarajevo viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 31 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Anita Azrina mahu naik taraf kemudahan sukan, kuku' 31 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Anita Azrina mahu naik taraf kemudahan sukan, kuku' 34 mins ago