Translate

21 March 2025

Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy



Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy

Bernama

21/03/2025


NANCY: Pada pandangan saya, hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas perbuatan jijiknya sebagai seorang bapa tiri yang seharusnya menjadi pelindung kepada ahli keluarganya. - Gambar fail/BERNAMA


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa hukuman lebih berat terhadap bapa yang mengeksploitasi anak tirinya.

Beliau merujuk kes seorang lelaki berusia 56 tahun yang didenda RM6,000 kerana mengaku bersalah merakam dan memiliki bahan lucah berupa video serta gambar bogel anak tirinya yang diambil ketika kanak-kanak itu sedang mandi.

Nancy berharap pihak yang bertanggungjawab dapat merayu terhadap hukuman berkenaan menggunakan ruang yang ada.

"Pada pandangan saya, hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas perbuatan jijiknya sebagai seorang bapa tiri yang seharusnya menjadi pelindung kepada ahli keluarganya dan bukannya berkelakuan sedemikian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nancy berkata kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Saya rasa saya tidak keseorangan yang menganggap bahawa hukuman yang dikenakan adalah ringan berbanding kesalahaan yang telah dilakukan. Kita tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang bentuk eksploitasi dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak," katanya.

Nancy berkata hukuman yang lebih tegas bukan sahaja menberikan keadilan kepada mangsa, tetapi juga menjadi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan seumpama itu tidak akan diterima dalam apa jua keadaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Clacton-on-sea viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump greeted by chants of 'USA!' at NCAA wrestlin' 50 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Clacton-on-sea viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kalau Nak Jual Patut DBKL Datang Bincang Dulu Alih' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Iowa viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan' 2 hrs 41 mins ago