Translate

21 March 2025

Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy



Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy

Bernama

21/03/2025


NANCY: Pada pandangan saya, hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas perbuatan jijiknya sebagai seorang bapa tiri yang seharusnya menjadi pelindung kepada ahli keluarganya. - Gambar fail/BERNAMA


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa hukuman lebih berat terhadap bapa yang mengeksploitasi anak tirinya.

Beliau merujuk kes seorang lelaki berusia 56 tahun yang didenda RM6,000 kerana mengaku bersalah merakam dan memiliki bahan lucah berupa video serta gambar bogel anak tirinya yang diambil ketika kanak-kanak itu sedang mandi.

Nancy berharap pihak yang bertanggungjawab dapat merayu terhadap hukuman berkenaan menggunakan ruang yang ada.

"Pada pandangan saya, hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas perbuatan jijiknya sebagai seorang bapa tiri yang seharusnya menjadi pelindung kepada ahli keluarganya dan bukannya berkelakuan sedemikian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nancy berkata kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Saya rasa saya tidak keseorangan yang menganggap bahawa hukuman yang dikenakan adalah ringan berbanding kesalahaan yang telah dilakukan. Kita tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang bentuk eksploitasi dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak," katanya.

Nancy berkata hukuman yang lebih tegas bukan sahaja menberikan keadilan kepada mangsa, tetapi juga menjadi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan seumpama itu tidak akan diterima dalam apa jua keadaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PPR resident injured by bicycle thrown from 12th f' 10 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from New york viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 26 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 29 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Prebet Meninggal Dunia Akibat Hentakan Kuat Di Dad' 44 mins ago